Piala Malaysia 2019: Kemenangan 3-1 Keatas Pahang Cerahkan Peluang Perak

Perak

Perak berjaya mencatatkan kemenangan berharga di Stadium Perak, Ipoh selepas menundukkan Pahang 3-1 dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia 2019, sebentar tadi.

Perak yang amat memerlukan kemenangan pada perlawanan ini bagi mencerahkan peluang untuk layak ke suku akhir mempamerkan corak permainan menyerang sebaik sahaja perlawanan dimulakan terutamanya di bahagian sayap kanan.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang diturunkan selaku kesebelasan utama oleh Mehmed Durakovic susulan kecederaan yang dialami Careca membalas kepercayaan tersebut dengan dua jaringan tandukan yang dihasilkannya.

Jaringan yang dinantikan para penyokong Perak menjelma pada minit ke-31 selepas Ronaldo Henrique Silva yang tidak dikawal pertahanan, menolak dengan mudah bola hantaran Mohd Nor Hakim Hassan dari sebelah kanan pintu gol Pahang.

Shahrel Fikri kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-44 selepas tandukannya hasil sepakan percuma yang diambil Nazirul Naim Che Hashim terus membolosi kawalan Helmi Eliza Elias di gawang pasukan pelawat.

Ketika aksi babak kedua baru berusia seminit, Shahrel sekali lagi meletakkan nama selaku penjaring sekaligus mengukuhkan kedudukan Perak menerusi tandukan susulan hantaran lintang dilakukan Nor Hakim.

Pahang yang kelihatan bekerja keras dalam usaha melepasi kawalan pertahanan tuan rumah yang diketuai Shahrul Mohd Saad dan Hussein El Dor berjaya mendapatkan jaringan saguhati pada minit ke-85 menerusi Lazarus Kaimbi.

Kemenangan ini meletakkan Perak ditangga kedua saingan kumpulan C dengan mengumpul lapan mata, tiga mata meninggalkan pesaing utama, Pulau Pinang yang tewas 0-2 di Kota Kinabalu.

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN