Piala Malaysia 2019: K. Devan Anggap Kesilapan Bentengnya Membantu JDT

Diogo Kalamullah JDT PJ City K. Devan

Pengendali PJ City FC, K. Devan menerima dengan hati terbuka kekalahan skuad kendaliannya kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi kedua Kumpulan B, Piala Malaysia 2019, malam tadi.

Begitupun, dalam sidang media sejurus perlawanan, pengendali berusia 52 tahun itu merasakan kekalahan tersebut adalah kerana kesilapan kecil di bahagian pertahanan yang gagal menyesuaikan diri dengan asakan tuan rumah menjadi punca kekalahan ini.

“Gol awal itu mungkin kesilapan di bahagian pertahanan yang gagal mengekori Safawi (Rasid) yang masuk dari kawasan tepi ke tengah sehingga membuat sepakan. Kedua, kita lambat sesuaikan diri dengan asakan-asakan awal daripada pasukan JDT.

“Kita juga tidak bermain seperti biasa. Kita tidak dapat merancang asakan dan hantaran-hantaran jauh kita juga tiada second ball. Itu sedikit sebanyak menjejaskan aksi kita di babak pertama,” ujarnya.

Tuan rumah mendahului perlawanan seawal minit ke-6 menerusi percubaan deras Safawi Rasid selepas bertukar-tukar hantaran dengan tiga pemain yang gagal dibendung awal oleh benteng. Itu merupakan satu-satunya gol di babak pertama perlawanan.

“Di separuh masa kedua, saya rasa kita dapat bermain seperti biasa dan kita bangkit, Kalau kita bandingkan aksi babak pertama dan kedua, kita beraksi lebih baik sehingga kita berjaya menyamakan kedudukan,” jelasnya lagi sambil menyatakan kekecewaan terhadap pemainnya mudah hilang kosentrasi dan juga fokus.

PJ City mempamerkan kebangkitan mendadak di babak kedua apabila menekan semula JDT biarpun melepaskan gol mudah kepada lawan pada awal babak kedua bermula. Washington Brandao dan R. Barathkumar berjaya menyamakan kedudukan sebelum Diogo memberikan semula kelebihan buat JDT.

“Sepatutnya selepas menjaringkan gol kita perlu susun semula bahagian pertahanan dan pada ketika itu, saya rasa pasukan kita ada peluang. Selepas gol ketiga itulah susah untuk kita kembali,” ujar K. Devan sambil turut menegaskan tiga gol JDT adalah berpunca daripada kesilapan bahagian pertahanannya.

Pengendali The Phoenix itu turut dipetik mengatakan bahawa kad kuning awal yang diterima oleh beberapa pemainnya juga telah menjejaskan corak permainan mereka secara keseluruhannya.

Kredit Featured Image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN