Piala Malaysia 2019: Juara Bertahan Tempuh Laluan Berliku, JDT Harus Waspada

Akhirnya 16 pasukan telah mengetahui siapakah lawan yang bakal ditemui untuk kempen Piala Malaysia selepas undian selesai dilakukan sebentar tadi.

Sebelum itu 16 pasukan yang bertanding telah dibahagikan kepada 4 balang undian.

JDT, Pahang, Selangor dan Kedah berada di Balang A; Perak, Melaka, Terengganu dan PJ City FC di Balang B; PKNS FC, Felda United, PKNP FC dan Sabah di Balang C; manakala PDRM, UiTM, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berada di Balang D.

Selesai undian menyaksikan setiap pasukan boleh dikatakan tidak mendapat laluan mudah untuk ke pusingan seterusnya.

Juara bertahan, Perak bagaimanapun dilihat bakal melalui laluan berliku apabila berada dalam satu kumpulan dengan naib juara Liga Super, Pahang dan juara Liga Premier musim ini, Sabah. Pulau Pinang yang turut bersama-sama dalam Kumpulan C kini juga sedang berada dalam prestasi terbaik.

Finalis musim lalu, Terengganu FC pula diundi bersama-sama Kedah di Kumpulan A. Dua pasukan lain ialah PKNS FC dan juga Negeri Sembilan.

Juara Liga Super enam kali berturut-turut, juga merupakan juara Piala Malaysia JDT pula akan berhadapan dengan PJ City FC. Kelab berpengakalan di Petaling Jaya itu adalah satu-satunya pasukan yang menumbangkan gergasi bola sepak dari selatan tanah air itu pada musim ini. Manakala PKNP FC turut berjaya mengikat sang juara itu ketika perlawanan di Manjung. UiTM FC pula membawa cabaran yang sukar dijangka oleh tiga pasukan lain dalam Kumpulan B.

Juara dengan rekod 33 kali Piala Malaysia, Selangor pula berada di dalam Kumpulan D bersama-sama Melaka United, PDRM dan Felda United – pasukan yang menyingkirkan Selangor dari pertandingan Piala FA pada musim ini.

Kempen Piala Malaysia 2019 akan bermula pada 3 Ogos hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN