Piala Malaysia 2019: FELDA United Kutip 3 Mata, Selangor Diikat Melaka United

Jasazrin Lee Chang hoon Felda United PDRM

Berakhir minggu kelima saingan Kumpulan D, Piala Malaysia 2019 menyaksikan belum ada wakil yang mengesahkan tiket ke suku akhir apabila FELDA United merekodkan kemenangan ke atas PDRM sementara Selangor dan Melaka United berkeputusan seri.

Ini bakal membawa penentuan dua slot ke minggu terakhir yang akan berlangsung pada 18 September depan. Ketika ini, Melaka United, Selangor dan FELDA United terikat dengan tujuh mata sementara PDRM di dasar kumpulan dengan lima mata.

FELDA United raih tiga mata kedua

FELDA United meneruskan rentak kemenangan untuk kali kedua berturut-turut selepas membenam cabaran PDRM 1-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Jaringan S. Chanturu pada minit ke-59 selepas menerima hantaran rendah kapten, Hadin Azman dari sebelah kiri sudah cukup untuk menjadi pemusnah kepada PDRM yang mungkin berkira-kira untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri di laman lawan.

Hadin Azman berpeluang menambah jaringan buat tuan rumah pada minit ke-85 namun sepakan penalti yang diambilnya gagal menerjah gawang PDRM dan perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak kepada FELDA United.

Selain itu, ini merupakan perlawanan kelima tanpa bolos buat The Fighters dalam semua pertandingan selepas kali terakhir melakukannya ketika menang 2-0 ke atas Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super pada pertengahan Julai yang lalu.

Selangor gagal manfaat beraksi di Shah Alam

Beraksi di Shah Alam tidak memberi kelebihan langsung buat Selangor apabila terlepas peluang untuk mengutip tiga mata penuh selepas terikat 1-1 menentang Melaka United.

Pemain sayap kiri, Khyril Muhymeen terlebih dahulu meledak gol pendahuluan buat Gergasi Merah pada minit ke-38 selepas menyudahkan susulannya di depan gawang Melaka United hasil percubaan awal penyerang import, Ifedayo Olusegun.

Tidak bertahan lama, pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain tengah, Saiful Ridzuwan Selamat selepas tiga minit babak kedua bersambung hasil rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairulazhan Khalid di gawang.

Dengan keputusan itu, Melaka United kekal di puncak kumpulan dengan tujuh mata dan aksi pada Rabu depan akan menyaksikan Selangor bakal berkunjung ke Jengka berdepan FELDA United sementara PDRM menanti kunjungan Melaka United.

Sedikit kelebihan buat Melaka United kerana PDRM menggunakan stadium mereka sebagai laman sendiri dan pertembungan antara Selangor dan FELDA United dijangka paling mencuri tumpuan.

Kredit Featured Image: Malaysian Football League (MFL)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN