Piala Malaysia 2019: Farizal Marlias Tagih Kewaspadaan JDT Berdepan TFC

Farizal Marlias JDT Training

Benteng akhir Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias mengingat rakan-rakan sepasukan agar lebih waspada dengan jentera serangan Terengganu FC menjelang aksi suku akhir kedua, Piala Malaysia 2019 yang akan berlangsung pada malam nanti.

Walaupun belum pernah tewas di Larkin kepada lawannya itu, Harimau Selatan pernah menempuh kenangan pahit disingkir oleh Terengganu FC daripada Piala Malaysia edisi lalu di peringkat separuh akhir.

Tchetche Kipre muncul wira meledak gol penyamaan Terengganu FC di minit kecederaan untuk mengikat kedudukan 2-2, seterusnya membawa Sang Penyu ke pentas final Piala Malaysia 2018.

Kini, kelebihan sedikit memihak kepada JDT apabila telah meraih kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, pada minggu lalu dan lawan perlu berusaha lebih keras untuk menumbangkan Harimau Selatan di kandang kebal, Larkin.

“Kami perlu lebih fokus dan berwaspada dari segala aspek terutamanya dari bahagian serangan kerana pasukan Terengganu mempunyai kualiti pemain yang baik,” memetik kenyataannya di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, kelmarin.

“Sudah pasti kami akan menggunakan kelebihan yang ada iaitu bermain di halaman sendiri dan bermain di hadapan penyokong kita,” ujarnya yang merupakan kapten skuad kebangsaan.

Disamping itu, penjaga gol berpengalaman itu turut menyeru sokongan padu para penyokong untuk turun ke Larkin bagi membantu pasukan melangkah ke separuh akhir.

“Saya juga menyeru kepada semua penyokong JDT agar terus memberikan sokongan dan dorongan kerana ia adalah kejayaan kita bersama kerana kita adalah ‘JDT Family’,” ujarnya.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora yang dipetik berkata kepada Berita Harian, turut senada apabila menekankan skuadnya perlu lebih berwaspada berdepan Terengganu FC.

“Kami tidak anggap kemenangan 1-0 ke atas TFC minggu lalu memberi jaminan slot ke separuh akhir. Sebaliknya ada baki 90 minit lagi yang harus diharungi dan dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku,” jelas Benjamin Mora.

“Kini kami sudah membuat persiapan rapi dan memperbaiki apa jua kelemahan di posisi bek, tengah dan serangan kerana kami mahu memburu kemenangan,” tambahnya lagi.

Kredit Featured Image: Johor Southern Tigers (JST)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN