Piala Malaysia 2019: Empat Tonggak Utama Kembali Perkuat Tok Gajah

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Pasukan Pahang menerima berita gembira selepas empat pemain utama mereka, Norshahrul Idlan Talahan, Muslim Ahmad, Faisal Halim dan pemain muda, Zuhair Aizat Mohd Nazri dilaporkan akan kembali berlatih bersama rakan sepasukan.

Keempat-empat pemain tersebut sebelum ini ditimpa masalah kecederaan dan disisihkan daripada beraksi dalam perlawanan separuh akhir pertama menentang Kedah di Stadium Darul Aman yang berkesudahan seri 3-3.

https://twitter.com/OfficialPahang/status/1185573997976506368?s=20

Pengurus pasukan, Datuk Suffian Awang dalam temubualnya bersama wartawan Berita Harian memaklumkan, perkembangan tersebut ternyata menjadi suntikan semangat buat skuad Tok Gajah untuk membuat persiapan lebih baik bagi menghadapi perlawanan kedua di Kuantan nanti.

“Sudah pasti khidmat mereka ditagih untuk mendapatkan keputusan terbaik iaitu membawa Pahang ke pentas final piala berprestij itu. Namun, segala-galanya terpulang kepada percaturan jurulatih, Dollah Salleh untuk menyenaraikan mereka atau sebaliknya selepas mengikat Kedah 3-3.

“Jika dilihat kepada persembahan, saya, berpuas hati dengan komitmen yang diberikan semua pemain hingga hampir mengecewakan skuad Helang Merah,” katanya lagi.

Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri itu turut berkata, kehadiran semula empat pemain tersebut dapat membantu jurulatih, Dollah Salleh memperkuatkan skuad kendaliannya memburu tempat di perlawanan akhir.

Kredit Foto: Berita Harian

Ujar beliau lagi, Pahang berpeluang besar untuk meraih keputusan yang lebih baik dalam perlawanan di Kuantan berdasarkan kemampuan mereka mengikat Kedah di Alor Setar dan membawa pulang bekalan tiga gol.

Bagaimanapun, Suffian mengharapkan ribuan penyokong Pahang memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan turun beramai-ramai ke Stadium Kuantan Sabtu ini bagi memberi sokongan kepada pasukan.

“Kami sememangnya mengharapkan sokongan padu pemain ke-12 iaitu penyokong untuk memberi sumber inspirasi meningkatkan semangat kepada pemain Pahang. Dengan persembahan menyakinkan seperti yang dipersembahkan pada separuh akhir pertama lalu, diharapkan jentera pertahanan lebih kebal.”

Sementara itu, arkitek perancang Pahang, Nor Azam Azih, mengakui sikap leka dan mudah berasa selesa adalah punca pasukannya dibolosi gol penyamaan Kedah pada minit-minit akhir perlawanan tempoh hari.

“Saya rasa ia memang salah satu punca. Ada antara (pemain) kami yang main-main. Saya harap kami dapat memperbaiki perkara itu,” katanya kepada Stadium Astro.

Ekoran itu, pemain berusia 24 tahun itu meminta rakan sepasukannya memperbaiki segala aspek menjelang aksi timbal balik nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN