Piala Malaysia 2019: Benjamin Mora Hanya Mahu Aksi 90 Minit

Mora

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berharap pertembungan menentang Kedah dalam aksi final Piala Malaysia 2019 dapat ‘diselesaikan’ dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Tiada niat untuk merendahkan kemampuan pasukan bimbingan Aidil Sharin, Mora mendedahkan kualiti bermain dalam tempoh 90 minit tanpa mengheret ke masa tambahan dilihat lebih sesuai buat kedua-dua pasukan.

Jelas lagi Mora ketika ditanya adakah skuad Harimau Selatan sudah bersedia untuk bermain dalam masa tambahan atau penentuan sepakan penalti, beliau percaya kedua-dua pasukan akan berusaha keras memastikan aksi final Piala Malaysia 2019 akan berakhir dalam tempoh 90 minit.

“Saya fikir kedua-dua pasukan mahu menamatkan perlawanan dalam tempoh 90 minit. Saya tidak fikir kita mahu bermain sehingga 120 minit atau ke penentuan sepakan penalti.

“Kedua-dua pasukan mahu bermain di tahap terbaik dan tempoh 90 minit itu adalah satu tempoh bagus buat pasukan bagi menggelakkan masalah keletihan pemain dan sebagainya.

“Apapun kita tidak tahu apa yang akan berlaku tetapi sudah pasti JDT akan bermain seperti biasa dan memberikan persembahan terbaik dalam aksi final Piala Malaysia 2019 nanti,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mora turut percaya pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang akan menjadi faktor utama untuk menjuarai Piala Malaysia musim ini.

“Mana-mana pasukan yang mengurangkan kesilapan dan bermain dengan baik seperti yang dirancang, mereka akan menjadi juara.

“Itulah yang saya harapkan dan saya percaya kami mampu melakukan sesuatu kerana JDT sentiasa memiliki visi untuk melakarkan kejayaan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN