Quantcast

BERITA

Piala Malaysia 2019: B. Sathianathan Persoal Komitmen Segelintir Pemain Selepas Diikat PDRM FA

Selepas tiga perlawanan peringkat kumpulan, Selangor masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam kempen Piala Malaysia musim ini, namun skuad Gergasi Merah menduduki tangga kedua dengan lima mata di belakang Melaka United yang memiliki kelebihan enam mata hasil dua kemenangan.

Stadium Shah Alam yang dahulunya dicanang sebagai ‘stadium keramat’ bagi pasukan Red Giants itu seakan-akan tidak memberi apa-apa kesan kepada skuad kendalian B. Sathianathan. Ini kerana Selangor cuma mampu seri dalam dua perlawanan di gelanggang sendiri ketika berhadapan Felda United (2-2) serta dalam perlawanan tempoh hari menentang PDRM (1-1).

PRIT PRIT PRITTTTTT!

Perit bagi Red Giants.

Kita bermain cukup baik, menguasai permainan dan deretan peluang untuk…

Posted by FA Selangor on Sunday, August 18, 2019

Ironinya, satu-satunya kemenangan dilakar ketika berhadapan dengan peneraju kumpulan (Melaka United) adalah di gelanggang lawan. Maka timbul persoalan adakah ‘aura’ Stadium Shah Alam tidak lagi dirasai oleh pemain-pemain Selangor sekaligus gagal menghadirkan semangat dan motivasi dalam diri mereka.

Antara yang dipersalahkan sebelum ini adalah permukaan padang Stadium Shah Alam yang teruk, sekaligus tidak membenarkan pemain memperagakan corak permainan sewajarnya.

Sathia bidas pemain

Dalam perkembangan terbaru, Stadium Astro melaporkan bahawa Sathianathan membidas pemainnya yang dianggap gagal memberikan komitmen tinggi sepatutnya ketika perlawanan.

“Pemain yang tidak mahu main tersebut boleh duduk rumah. Saya nak pemain yang betul-betul nak main.

“Ada 2-3 pemain yang saya mahu tegur. Kalau saya tidak mahu dia, saya [sama sekali] tidak akan membawanya ke mana-mana. Biar dia sedar diri dan berehat.

“Saya terpaksa mengambil risiko ini tetapi [tindakan] ini terpaksa dibuat. Itu di antara saya dan pemain.”

 

View this post on Instagram

 

📸@zulhelmizainalazam . “Tak nak main duduk rumah”. Marah kat siapa tu? Nak tahu, ikuti Nadi Arena.

A post shared by Astro Arena 801 & 802HD (@astroarenahd) on

Itulah amaran keras Sathianathan kepada anak buahnya selepas menampilkan aksi longlai ketika berhadapan PDRM tempoh hari. Menurut beliau, keputusan untuk menyisihkan pemain yang tidak komited ini dalam perlawanan akan datang perlu dibuat sebagai satu pengajaran agar mereka boleh bermuhasabah.

Gagal manfaat peluang

Selangor pada awalnya mendahului 1-0 hasil jaringan Sandro da Silva pada minit ke-52.

Namun hanya selepas enam minit, kelekaan pemain ketika pasukan lawan diberi sepakan percuma menyebabkan gawang mereka dibolosi oleh tandukan Argzim Redzovic sekaligus membolehkan The Cops membawa pulang satu mata.

Bagaimana pula pendapat penyokong Selangor? Adakah tindakan B. Sathianathan ini wajar, atau ada cara yang lebih baik untuk mengembalikan keyakinan diri dan motivasi pemain?