Piala Malaysia 2019: Aidil Sharin Utus Amaran Buat Rodriguez, Bauman

Fernando Rodriguez Kedah

Dua pemain import Kedah, Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman telah diberikan amaran oleh pengendali, Aidil Sharin Sahak mengenai aspek ketajaman mereka ketika menyudahkan peluang-peluang terhidang dalam saingan Piala Malaysia 2019.

Pada aksi lalu, Kedah tumbang 0-2 kepada Terengganu FC biarpun lawan dipaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang babak kedua. Tiada jaringan dihasilkan oleh kedua-dua pemain sehingga telah mengundang keresahan buat jurulatih dan dikalangan penyokong.

Fernando Rodriguez masih buntu jaringan di Piala Malaysia dan kali terakhir pemain ini meledak gol adalah pada 13 Julai yang lalu ketika berdepan Perak – kini melalui 4 perlawanan tanpa jaringan.

Sementara Jonatan Bauman pula telah menghasilkan dua gol di Piala Malaysia iaitu ketika menang 3-1 ke atas Negeri Sembilan.

“Saya sudah beri amaran kepada penyerang Fernando Rodriguez dan Jonatan Bauman selepas kami tewas kepada TFC minggu lalu agar mereka lebih fokus dan mempertingkatkan aspek ketajaman serangan dalam usaha memburu tiga mata berdepan PKNS kali ini.

“Kekalahan kepada Terengganu FC minggu lalu benar-benar meninggalkan kesan kepada pasukan dan juga penyokong di laman sendiri dan kita mahu pastikan momentum yang kita mulakan dengan kemenangan di Paroi dapat disambung selepas ini,” ujar Aidil Sharin dipetik daripada portal Berita Harian.

Jika diperhatikan sejak awal musim yang lalu, Fernando Rodriguez sememangnya gagal menterjemahkan deretan peluang terhidang dengan jaringan gol. Ini yang mengundang kritikan ke atasnya.

“Saya berharap dengan semangat baharu yang ada, kami harus bangkit melenyapkan kekecewaan lalu dan sudah semestinya kutipan tiga mata akan menjadi sasaran utama kami di tempat lawan nanti,” jelasnya lagi menjelang aksi berdepan PKNS FC.

Selain itu, Aidil Sharin turut mengesahkan Renan Alves bebas daripada penggantungan apabila baru sahaja mengumpul 2 layangan kad kuning sambil mengesahkan yang Azmeer Yusoff, Farhan Roslan, Azamuddin Akil dan David Rowley masih dibelenggu masalah kesihatan dan juga kecederaan.

Kedah akan menamatkan pusingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia apabia akan berkunjung ke PKNS FC pada Jumaat.

Kredit Featured Image: Arena HijauKuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN