Piala Malaysia 2019: Aidil Sharin Turun Manjung ‘Intai’ Aksi PKNP FC Dan PJ City

Aidil Sharin Kedah Negeri Sembilan Piala Malaysia

Biarpun belum mengetahui siapa lawan mereka di peringkat suku akhir, samaada PJ City FC ataupun PKNP FC, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak terlebih dahulu mahu memperbaiki kelemahan ketara yang menghantui skuad Kedah ketika ini – bolos terbanyak.

Diantara pasukan yang telah mengesahkan tiket ke suku akhir, Kedah merupakan pasukan terbanyak merekodkan bolos iaitu sepuluh gol untuk enam perlawanan. Ini sedikit merunsingkan pengendali berusia 42 tahun itu pada saat ini.

“Kita perlu lihat semula. Kurangnya organisasi dalam padang telah memakan diri kita sebelum ini. Dan berdepan Negeri Sembilan pun kita lepaskan dua gol,” memetik kenyataannya daripada The Star.

“Kita perlu lakukan sesuatu mengenainya untuk perlawanan akan datang. Pertandingan kalah mati sebegini, kita tahu apa sahaja boleh berlaku. Jika mendapat peluang, kita perlu beri 100 peratus.

“Saya harus memotivasi pemain kita. Jangan ambil mudah kerana jika kita ambil mudah, lawan sumbat satu gol dan kemudian bertahan. Jadi, kita tidak boleh beri peluang,” tambahnya lagi.

Dalam perlawanan terakhir Kumpulan A tempohari, Kedah menang 4-2 ke atas Negeri Sembilan untuk menjuarai kumpulan. Begitupun pada satu ketika, skuad Jang berjaya mengikat kedudukan 2-2 dan benteng Kedah tampak seperti mudah memberikan lawan gol.

Bercakap mengenai lawan akan datang, samaada PJ City ataupun PKNP FC, Aidil Sharin menganggap kedua-dua pasukan bukanlah lawan yang mudah dan miliki kelebihan mereka yang tersendiri. Beliau turut memaklumkan akan turun ke Manjung untuk ‘mengintai’ kualiti dan persembahan bakal lawan mereka.

“Sama ada PKNP atau PJ City masing-masing memiliki kehebatan tersendiri dan mereka bukan lawan yang mudah buat kami.

“PJ City ada kelebihan sendiri dari segi semangat juang yang tinggi walaupun pemain mereka tiada nama, tapi mereka mahu bermain dengan sebaiknya dan mereka juga telah mengecewakan pasukan besar sebelum ini. PKNP pula kita tahu yang kita pernah seri 1-1 dengan mereka di sini, jadi bukannya mudah dengan siapa yang akan kita jumpa,” ulas pengendali kelahiran Singapura itu lagi.

Pertembungan PKNP FC dan PJ City akan berlangsung pada Ahad malam dan perlawanan suku akhir antara Kedah dan pemenang aksi tersebut pula akan dilangsungkan pada 25 September depan.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN