Piala Malaysia 2018: Tiket Perlawanan Pahang Menentang JDT Dijual Pada Hari Ahad

Perlawanan suku akhir pertama unifi Piala Malaysia di antara Pahang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menarik kehadiran ribuan penyokong daripada kedua-dua pasukan di Stadium Darul Makmur.

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan sebanyak 28,000 tiket diperuntukkan untuk perlawanan panas itu dan akan mula dijual pada hari Ahad ini di kaunter Stadium.

Setiausaha Agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata kepada Berita Harian, enam kaunter termasuk satu kaunter khas untuk golongan wanita akan disediakan.

“Semua tiket mula dijual jam 9.30 pagi pada hari perlawanan. Harga tiket RM23 bagi tempat duduk grandstand, RM13 (berbumbung) dan RM10 (terbuka).

“Bagi mengelak kehabisan tiket, penyokong diminta datang awal untuk membolehkan mereka menyaksikan aksi Pahang-JDT di stadium,” katanya.

https://twitter.com/MediaPhgFA/status/1042655223368441857

Bagi keselesaan penyokong, beliau berkata, pihaknya meminta peminat tiba lebih awal kerana 16 pintu masuk stadium mula dibuka jam 6.30 petang.

Katanya, peminat juga diminta mengikut nombor yang tertera di tiket dan laluan utama di hadapan stadium mula ditutup pada jam 5 petang.

“Setakat ini, kami hanya membenarkan 10 bas penyokong JDT diparkir di tempat letak kenderaan di depan stadium,” katanya.

Aksi perlawanan di antara Pahang dan JDT sentiasa berlangsung dalam suasana kontroversi dan perlawanan dijangka akan berlangsung dengan sengit bagi memburu tiket ke peringkat separuh akhir.

Selepas ini, skuad Tok Gajah akan bertandang ke Larkin untuk aksi suku akhir kedua pada 29 September 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN