Piala Malaysia 2018: Safawi Yakin JDT Akan Singkirkan Pahang

Kejayaan mara ke peringkat suku akhir saingan unifi Piala Malaysia telah membangkitkan semangat penyerang muda JDT, Safawi Rasid selepas membantu pasukannya menewaskan MIFA, 3-0 di Stadium Shah Alam.

Menurut Safawi, beliau dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk bertemu juara Piala FA 2018, Pahang di peringkat suku akhir dan tekad mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.

Keyakinan itu diluahkan selepas beliau menjaringkan 2 gol ke atas MIFA melalui sepakan percuma dan penalti yang membawa kepada gelaran juara kumpulan C.

“Secara keseluruhan dalam perlawanan menentang MIFA, kami mempunyai banyak peluang pada separuh masa pertama namun tidak berjaya menjaringkan sebarang gol.

“Manakala di separuh masa kedua pula kami telah melakukan dengan sehabis baik dan akhirnya berjaya memberikan kemenangan 3-0.

“Kami akan bertemu pasukan Pahang untuk pusingan seterusnya nanti. Kami pernah bertemu dengan pasukan tersebut sebelum ini dan berjaya menewaskan mereka ketika dalam saingan Liga Super. Oleh itu saya merasakan ia bukan satu masalah bagi kami,” katanya dalam satu kenyatan di laman facebook JOHOR Southern Tiger.

Menurut Safawi, jaringan pembukaan ketika menentang MIFA memberi semangat kepadanya untuk memastikan kemenangan berpihak kepada JDT.

“Pada saya, apabila kami berjaya mencipta gol pertama, ia ibarat pembakar semangat buat kami dan secara tidak langsung telah mengubah corak permainan. Oleh itu kami tidak akan berhenti melakukan serangan ke atas pasukan lawan.

“Kemenangan ini juga telah memberikan semangat dan motivasi kepada kami kerana seperti semua sedia maklum, kami telah mengalami kekalahan untuk tiga perlawanan sebelum ini.

“Kami akan cuba sedaya upaya dan dalam masa sama melupakan segala kekalahan yang pernah kami lalui agar dapat meneruskan kemenangan sehingga ke peringkat akhir.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan juara bertahan Piala Malaysia, oleh itu sudah semestinya kami mahu mempertahankan kejuaraan tersebut,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN