Piala Malaysia 2018: Sabah Hantar Juara 33 Kali, Selangor ‘Bungkus’ Awal

Selangor menjadi pasukan pertama yang tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2018, setelah tewas 2-1 kepada Sabah dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kempen Piala Malaysia musim ini mungkin adalah yang paling teruk pernah dilalui oleh juara 33 kali itu, apabila gagal meraih sebarang kemenangan selepas empat perlawanan peringkat kumpulan.

Kekalahan kepada Sabah bermakna Selangor menduduki kedudukan terbawah Kumpulan D, tanpa sebarang mata selepas tewas semua empat perlawanan.

PEMAIN Sabah, Rodoljub Paunovic (dua dari kanan) meraikan gol kedua bersama rakan ketika menentang Selangor pada saingan Piala Malaysia 2018 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. – Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Kemenangan tersebut turut menyaksikan Sabah menduduki tangga teratas saingan Kumpulan D dengan 10 mata, mendahului Pahang dengan kelebihan dua mata di tangga kedua saingan kumpulan.

Tidak banyak boleh diperkatakan pada babak pertama perlawanan, tatkala kedua-dua pasukan buntu untuk menemui sentuhan penyudah.

Selangor yang wajib menang perlawanan ini untuk sebarang impian terus mara bagaimanapun tersentak dengan jaringan pemain import Sabah dari Lebron, Hector Omar yang menyambar hantaran Rodoljub Paunovic untuk pasukan tunggal dari Borneo itu mendahului 1-0 pada minit ke-52.

Selangor turut cuba mencari gol penyamaan, namun usaha mereka melalui pemain import Rufino Segovia juga menemui jalan buntu.

Sebaliknya Sabah terus melebarkan pendahuluan apabila Paunovic menjaringkan gol dari jarak dekat pada minit ke-86 perlawanan.

Selangor akhirnya berjaya menemui jaringan melalui sepakan penalti Segovia di masa kecederaan, namun ia sudah terlambat untuk The Red Giants tersungkur di halaman sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN