Piala Malaysia 2018: Pahang Mahu Tempah Tiket Ke Suku Akhir Malam Ini

Skuad Tok Gajah berpeluang menempah tiket ke Suku Akhir unifi Piala Malaysia lebih awal malam ini jika mereka menewaskan PKNP FC di Stadium Darul Makmur.

Berbekalkan tujuh mata selepas tiga perlawanan, skuad kendalian Dollah Salleh ini hanya memerlukan 3 mata penuh untuk menafikan peluang pasukan PKNP dan Selangor dalam kumpulan D.

Dollah Salleh menjelaskan kemenangan malam ini akan memberi kelebihan kepada mereka untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik.

“Oleh itu, saya mengharapkan semua pemain dapat mempamer komitmen tinggi untuk menewaskan lawan sekali gus mengutip tiga mata.

“Walaupun bakal diberi tentangan sengit, pemain perlu bijak untuk mengelak lawan mencuri mata kerana PKNP sudah pasti mahu menebus kekalahan 0-1 di Batu Kawan minggu lalu,” katanya kepada Berita Harian.

Aksi pasukan Pahang ketika menentang PKNP FC minggu lepas. FOTO: PFA

Dollah turut mengakui skuad kendalinnya kini berada pada prestasi terbaik walaupun hanya kembali menjalani latihan kelmarin sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Katanya, dua kemenangan berturut-turut ketika menewaskan Selangor 2-0 dan PKNP 1-0 diyakini memberi semangat dan kekuatan kepada anak buahnya.

“Saya percaya semua pemain mahu mengekalkan keputusan positif ini dan memastikan PKNP dikalahkan untuk mengutip tiga mata,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN