Piala Malaysia 2018: Mehmet Yakin Badi Tewas Kepada PKNS FC Akan Dihapuskan

Perlawanan Perak menentang PKNS FC di suku akhir pertama Piala Malaysia malam ini dijangka akan menghadirkan saingan yang sengit apatah lagi keputusan perlawanan selalunya tidak memihak kepada skuad The Bos Gaurus itu.

Biarpun tewas 1-2 kepada Felcra FC dalam aksi terakhir Kumpulan A, Sabtu lalu, pengendali pasukan itu, Mehmet Durakovic menegaskan pasukannya sudah membuat persiapan rapi untuk menghapuskan badi tewas kepada PKNS FC.

“Lupakan pencapaian lalu. Ini pertandingan baharu dan suasananya baharu. Saya minta pemain Perak tumpukan perhatian terhadap perlawanan sehingga wisel penamat,” katanya kepada Berita Harian selepas sesi latihan di Stadium Perak.

Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh. FOTO: PAFA

Walaupun mengakui kehebatan skuad bimbingan Datuk K Rajagobal, Durakovic berkata Perak adalah pasukan kedua terbaik dalam Liga Super.

“Jadi kami yang terbaik. Saya yakin pemain Perak sedar akan kemampuan mereka,” ujarnya.

Namun begitu, Mehmet turut mengakui pasukannya bukan berdepan tugas yang mudah kerana PKNS FC dianggap sebagai “silent killer” yang mampu memusnahkan impian untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia.

“PKNS sebuah pasukan sangat bagus, prestasi pemain mereka hebat. Mereka memiliki pemain tempatan sangat baik dan berpengalaman.

“Saya jangkakan perlawanan sengit, namun jika pemain Perak beraksi dengan corak permainan ditampilkan sebelum ini, kita mampu memberi tentangan kepada mereka,” katanya.

Rekod pertemuan di antara kedua-dua pasukan selalunya memihak kepada PKNS FC. FOTO: PAFA

Begitupun, Durakovic tidak menyembunyikan keresahan kerana turun tanpa kapten Mohd Nasir Basharuddin yang mengalami kecederaan.

“Agak malang kami tidak dapat menurunkan Nasir untuk perlawanan ini. Tetapi perjuangan tetap diteruskan dan saya berharap siapa yang mengambil alih tempatnya mampu melaksanakan tugas dengan berkesan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN