Piala Malaysia 2018: Kedah Mahu Pastikan JDT Tumbang Di Stadium Darul Aman

Pemburuan 3 mata penuh dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia diteruskan apabila skuad Helang Merah bakal menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman, esok.

Menurut Penolong Ketua Jurulatih Kedah, Azzmi Ab Aziz, mereka tekad untuk memastikan juara liga super 2018 itu pulang dengan tangan kosong supaya peluang untuk mara ke peringkat suku akhir masih ada.

“Kita perlu terus beri komintmen yang tinggi seperti pernah kita buktikan sebelum ini dan elak melakukan kesilapan untuk layak ke petingkat seterusnya.

“Kedudukan dalam kumpulan C kini kembali terbuka dan jurang mata tidak jauh, namum impian untuk melangkah ke peringkat suku akhir tidak semudah yang disangka.

“Kita mengharapkan pemain beraksi sehabis baik untuk misi kali ini di Darul Aman dan tingkatkan keyakinan untuk berdepan dengan pasukan nombor satu Liga Malaysia ini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Pemain Kedah giat menjalani latihan di Stadium Darulaman. FOTO: KFA

Empat tonggak utama Kedah yang mewakili negara ketika saingan Sukan Asia baru-baru ini dijangka akan turun beraksi esok iaitu Ifwat Akmal Chek Kassim, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan Akhyar Rashid.

“Penampilan semula mereka ke dalam pasukan akan memperkukuhkan lagi posisi yang ada dan membangkitkan semangat untuk pemain pemain lain yang akan beraksi bersama. Sebagai jurulatih saya berharap mereka bersedia dengan prestasi terbaik.”

“Kita rugi apabila gagal membawa pulang tiga mata sewaktu perlawanan menentang MIFA minggu lalu dan kali ini misi perjuangan kita adalah perlu menang malam esok,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN