Piala Malaysia 2018: K. Devan Ada Pelan B Untuk Jinakkan Harimau Selatan

K. Devan

Aksi penentuan slot terakhir suku akhir Piala Malaysia 2018 di antara MIFA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini pasti mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air tatkala 6 pasukan yang lain sudah pun mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati itu.

MIFA yang kini menduduki kedudukan teratas kumpulan C hanya memerlukan seri untuk layak ke suku akhir manakala JDT berada dalam misi wajib menang untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi tahun lepas.

Namun begitu, tugas berat sedang menanti MIFA apabila mereka bakal turun ke Stadium Shah Alam tanpa 3 tonggak utama iaitu pemain pertahanan, Elizeu Melo yang digantung satu perlawanan, susulan mengumpul dua kad kuning dan P Rajesh yang mengalami kecederaan pangkal peha.

Sesi latihan terakhir MIFA menjelang pertemuan menentang JDT malam ini. FOTO: MIFA

Malah, penyerang berbisa MIFA, Kpah Sherman turut digantung tiga perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah kerana berkelakuan ganas dengan menerjah lutut pemain Kedah, Liridon Krasniqi pada 26 Ogos lalu.

Pengendali MIFA, K Devan mengakui ketiadaan tiga pemain itu begitu dirasai ketika pasukan mahu menjayakan misi meraih tiket ke suku akhir Piala Malaysia.

“Jawatankuasa Tatatertib sudah memutuskan keputusan pada hari ini dan kita terpaksa bermain tanpa dia (Sherman) serta dua lagi pemain lain.

“Ini suatu keputusan yang mengejutkan dan berlaku pada saat-saat genting yang tidak menyebelahi kita. Saya akui kekuatan kita akan kurang tanpa pemain ini.

“Namun, kita sudah ada pelan A dan B untuk menangani masalah ini. Kita akan gunakan pemain tempatan dengan sebaiknya dan sudah menukar serta mengubah formasi untuk menghadapi aksi ini,” katanya kepada Berita Harian.

Penyerang berbisa MIFA, Kpah Sherman disahkan tidak dapat beraksi malam ini.

Pada pertemuan pertama sebelum ini, MIFA berjaya mengejutkan JDT di halaman sendiri apabila mencatat kemenangan 2-1 di Larkin.

“Nasib pasukan kini di tangan pemain. Jika kami dapat mengharungi 90 minit terakhir ini dengan baik dan penuh disiplin, saya yakin kita mampu untuk mara sekali gus melakar sejarah tersendiri dalam Piala Malaysia,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN