Piala Malaysia: Hatrik Lee Tuck Tumbangkan Felcra FC Di Cheras

Saingan peringkat kumpulan unifi Piala Malaysia 2018 memasuki fasa kedua dengan aksi di Cheras menyaksikan Felcra FC bertemu dengan Terengganu.

Separuh masa pertama jelas mempunyai hiburannya yang tersendiri apabila kedua-dua saling mempamerkan niat mereka untuk menjaringkan gol.

Felcra FC mencipta kejutan apabila berjaya mendahului seawal minit ke-2 permainan apabila David Laly berjaya menanduk bola hasil lontaran ke dalam panjang yang dihalakan ke kotak penalti Terengganu.

Lontaran itu jelas memberi masalah kepada Terengganu dan dengan mudah tuan rumah mendahului.

Namun begitu, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan selepas Tchetche Kipre berjaya menyamakan jaringan pada minit ke-17 selepas berjaya menewaskan penjaga gol Felcra FC.

Lee Tuck turut berjaya menyertai dalam senarai penjaring apabila berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pelawat pada minit ke-22.

Rembatan leret kaki kiri beliau cukup berbisa untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah.

Sebelum itu, Igor Zonjic terlepas peluang keemas dari jarak 2 meter sahaja apabila beliau menyepak angin semasa bola lalu dihadapan kaki beliau.

Casegrande juga merupakan pemain yang cukup bahaya buat Terengganu apabila percubaan jarak jauh beliau berhasil menghadirkan bahaya kepada pasukan pelawat.

Terengganu terus melebarkan pendahuluan mereka di separuh masa kedua menerusi Lee Tuck.

Beliau menyempurnakan sepakan penalti selepas Kipre dijatuhkan oleh Alif Samsudin.

Penguasaan oleh Terengganu jelas terserlah dalam usaha untuk mendapatkan gol keempat dengan Felcra FC jelas terdesak untuk merapatkan jurang.

Lee Tuck akhirnya berjaya menyempurnakan hatrik beliau dalam perlawanan ini apabila hantaran dari Kipre disempurnakan beliau dengan satu rembatan kencang.

Rembatan kencang itu tepat menuju ke bumbung gol Felcra FC untuk menjadikan jaringan 4-1.

Terengganu turut mempunyai beberapa peluang terhidang pada minit-minit terakhir permainan untuk menjaringkan gol kelima mereka.

Namun sayang, tiada jaringan kelima buat mereka.

Secara keseluruhannya, Terengganu mempamerkan persembahan cemerlang untuk mendapatkan 3 mata pada malam ini.

Felcra FC jelas memberikan cabaran terutamanya pada separuh masa pertama namun mereka jelas tidak mampu menyaingi pasukan pelawat di separuh masa kedua.

Keputusan penuh, Felcra FC 1-4 Terengganu.

Kesebelasan utama

Felcra FC: Fadzley Abdul Rahim (penjaga gol), Shahrom Kalam (ketua pasukan), David Laly, Arif Kamarudin, Dzulfahmi Hadi, Endrick Dos Santos, Zainudin Abidin, Fandi Othman, Anselmo Da SIlva, Farhan Mustafa, Alif Samsudin

Terengganu: Suffian Rahman (penjaga gol), Wan Amirzafran, Fitri Omar, Kamal Azizi, Lee Tuck, Chanthacheary Bin, Shahrul Aizad, J. Partiban, Tchetche Kipre (ketua pasukan), Igor Zonjic, Ashari Samsudin

Pegawai perlawanan:

  • Pengadil: Tarmizi Ibrahim
  • Pembantu pengadil 1: Zairul Khalil Tan
  • Pembantu pengadil 2: Khalid Aris
  • Pengadil ke-4: Tajuddin Yusof

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN