Piala Malaysia 2018: Dua Jaringan Wander Luiz Bawa Perak Ke Separuh Akhir

Badi tewas kepada PKNS FC akhirnya berjaya dihapuskan apabila The Bos Gaurus menempah tiket ke peringkat separuh akhir unifi Piala Malaysia selepas menumbangkan skuad kendalian Datuk Rajagobal itu dengan jaringan 2-0.

Pemain tengah import Perak, Wander Luiz muncul wira apabila meledakkan dua jaringan yang menceriakan lebih 1000 penyokong mereka di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Perak mara dengan agregat 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi suku akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, lima hari lalu.

Perak yang dilihat lebih banyak melakukan asakan sebaik perlawanan bermula berjaya berada di depan hasil rembatan jarak jauh Luiz pada minit ke-23.

Malah, anak buah Mehmet Durakovic itu hampir menambahkan jaringan enam minit kemudian, namun sepakan percuma Leandro Dos Santos sekadar menggegar palang.

PKNS cuba memburu gol penyamaan dengan melancarkan asakan bertali arus tetapi gagal menemui sebarang jaringan.  Wander Luiz terus mengambil peluang meletakkan Perak pada kedudukan lebih selesa apabila menanduk masuk bola hantaran Firdaus Saiyadi pada minit ke-56.

Malang terus menimpa skuad PKNS FC apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Jafri Firdaus Chew dilayangkan kad merah pada minit ke-78 kerana mengasari Santos. Keputusan 2-0 kekal sehingga 90 minit perlawanan.

Selepas ini Perak akan berdepan Sabah di peringkat separuh akhir setelah menyingkirkan Kelantan manakala satu lagi pertembungan separuh akhir melibatkan pasukan Terengganu FC menentang juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN