Quantcast

LIGA MALAYSIA

Piala Malaysia 2017: Bagaimana Kedudukan Kumpulan Ditentukan?

Perjalanan liga sudah pun memasuki separuh jalan, jadi apa maknanya?

Maknanya Piala Malaysia akan bermula tak lama lagi!

Sejak beberapa musim, format Piala Malaysia telah pun diubah dengan beraksi pada separuh masa kedua musim Liga Malaysia berbanding aksi selepas liga dijalankan seperti diamalkan bertahun lamanya.

Kelayakan untuk ke saingan piala nasional tertua Asia ini juga memerlukan merit beraksi di kejohanan ini menerusi prestasi di saingan Liga Super dan Liga Perdana.

Kedah merupakan juara Piala Malaysia 2016.

Sebagai syarat, 11 pasukan terbaik Liga Super dan 5 pasukan terbaik Liga Perdana akan layak untuk bertanding dalam kejohanan ini.

Ia akan dilihat selepas merujuk kepada kedudukan liga bagi kedua-dua saingan liga selepas 11 perlawanan atau separuh perjalanan liga telah pun dilalui.

Siapa akan bertemu siapa?

Ketika proses undian, 16 pasukan ini akan diletakkan di dalam 4 balang berbeza.

Tapi bagaimana ia akan diasingkan?

Setiap balang terdiri daripada pasukan-pasukan yang diletakkan hasil dari kedudukan liga mereka.

Jadi, 4 pasukan terbaik di Liga Super akan diletakkan dalam satu balang.

Mereka tidak akan bertemu sesama sendiri, sebaliknya mereka akan bertemu dengan pasukan dari kedudukan 4 pasukan pertengahan, 4 pasukan bawahan serta pasukan Liga Perdana.

Berikut adalah pasukan yang bakal memasuki balang 1 hingga 4 untuk saingan Piala Malaysia 2017:

  • JDT, Pahang, Kedah, Perak (Balang 1)
  • Kelantan, Selangor, T-Team, FELDA United (Balang 2)
  • PKNS FC, Melaka United, Sarawak, Negeri Sembilan (Balang 3)
  • Terengganu, PKNP FC, Kuala Lumpur, UiTM FC (Balang 4)

Oleh yang demikian, pasukan seperti JDT tidak akan bertemu pasukan seperti Pahang, Kedah, dan Perak ketika saingan kumpulan Piala Malaysia.

Sebaliknya, mereka akan bertemu pasukan seperti Kelantan, PKNS FC dan Terengganu dalam laluan mereka ke perlawanan akhir Piala Malaysia.

Format Piala Malaysia mengekalkan ciri round robin dengan 16 pasukan akan bermain secara liga kecil 6 perlawanan dalam kumpulan yang terdiri dari 4 pasukan.

2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke suku akhir dan pusingan seterusnya.

Siapakah bakal juara Piala Malaysia tahun ini?

Baca juga: TMJ Bidas Penyokong JDT Yang Kuat Merungut, Ingatkan Tentang 24 Tahun Lalu

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!