Piala Malaysia 2017: Lang Merah Terpaksa Sisih 3 Pemain, 3 Lagi Gusarkan Nidzam

Kedah sudah pasti akan turun untuk perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Felda United tanpa 2 tongak utama.

Kapten pasukan Khairul Helmi Johari dan juga pemain import yang merupakan pemain yang sering menjadi nadi di jentera tengah, Liridon Krasniqi terpaksa melupakan perlawanan pada malam ini selepas kedua-duanya digantung perlawanan selepas memenuhi kuota kutipan kad kuning.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Tidak cukup dengan itu, latihan terakhir yang dijalankan di Stadium Mini Peremba pada petang semalam telah menambahkan lagi kegusaran kepada pengendali Kedah, Nidzam Adzha Yusoff.

Ini berikutan kecederaan yang menimpa 3 pemain utama skuad Lang Merah ketika sesi latihan terakhir pasukan itu. Selepas disahkan tidak boleh menurunkan Liridon, Kedah turut boleh melupakan khidmat seorang lagi pemain import juga penyerang berbisa, Ken Ilso (tengah, gambar bawah).

Photo by Norazmi Ibrahim / www.asiana.my

Ken Ilso yang telah menjaringkan 5 gol dalam pertandingan Piala Malaysia setakat ini mengalami kecederaan pada buku lali ketika sesi memanaskan badan sebelum sesi latihan bermula. Ilso disahkan tidak akan dapat beraksi untuk perlawanan pada malam ini.

Tanpa penyerang daripada Denmark itu, Nidzam dijangka akan mempertaruhkan bintang muda Syafiq Ahmad untuk mengetuai jentera serangan Kedah.

Selain daripada Ilso, pemain sayap kanan Kedah, Baddrol Bakhtiar turut dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan tengkuk selepas bertembung dengan penjaga gol, Muhammad Asri Muhamad.

Namun satu muat naik di laman media sosial, mengesahkan Baddrol berkemungkinan akan diturunkan setelah menyatakan kesediaannya untuk terus berjuang demi pasukan.

Baddrol turut dipetik sebagai berkata kepada wartawan Berita Harian:

“Saya OK, tak teruk cuma saya kena lihat kecederaan ini dulu malam nanti (tadi),” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan itu.

Penjaga gol Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim bagaimanapun tidak menjalani latihan penuh dan direhatkan selepas mengadu mengalami kesakitan di bahagian bahu sebagai langkah berjaga-jaga.

Syazwan Zainon /Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my.

Manakala pemain sayap yang beraksi cemerlang pada separuh akhir pertama di Jengka, Syazwan Zainon dilaporkan mengalami masalah harmstring sebelum ini, namun mulai menyertai sesi latihan semalam.

Bagaimanapun, barisan kejurulatihan dan pasukan perubatan pasukan pasti akan terus memantau keadaan Ifwat dan Syazwan sebelum memutuskan untuk menurunkan kedua-duanya dalam aksi menentang anak buah B.Sathianathan pada malam ini.

Sementara itu, penjaga gol Ifwat Akmal Chek Kassim pula tidak menjalani latihan penuh, sebaliknya direhatkan sebagai langkah berjaga-jaga selepas dia dikatakan mengalami kesakitan di bahagian bahu.

Selepas mempunyai kelebihan gol di tempat lawan setelah mengikat Felda United dengan jaringan 1-1 di Jengka, Kedah pasti tidak mahu berputih mata untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat 3 musim berturut-turut.

Juara Piala FA 2017 ini pasti turut memasang impian untuk memperolehi kejuaraan berganda sebagai pelengkap kepada musim 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN