Previu Piala Malaysia 2016: Kedah Mahu Lebar Rekod Tanpa Kalah 7 Perlawanan Tewaskan PDRM

Hari ini adalah perlawanan pertama untuk timbal balik separuh akhir. Seluruh perhatian peminat bola sepak akan tertumpu kepada Stadium Darul Aman yang menjadi hos untuk perlawanan Kedah vs PDRM

Bagaimana mereka mara ?

Kedah mara setelah menjuarai kumpulan A (yang turut dihuni JDT II, T-Team dan Sarawak) dengan 13 mata. Ini adalah jumlah pungutan mata tertinggi dalam Piala Malaysia 2016 berbanding dengan pasukan-pasukan lain.

nzm_3007-1
Gambar oleh Nazim Amzed / www.asiana.my

Pada peringkat suku akhir, Kedah berjaya mengalahkan Negeri Sembilan dengan aggregate 5-0 setelah diikat 0-0 dalam perlawanan pertama yang membosankan.

PDRM pula menjuarai Kumpulan C (turut dihuni JDT, PKNS dan Perak) setelah mengumpul 10 mata.

Dalam peringkat suku akhir, PDRM dipaksa memerah keringat sehingga minit akhir oleh Kelantan sebelum melangkah ke separuh akhir dengan kelebihan gol ditempat lawan.

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my
Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Prestasi semasa

Semua pertandingan

Buat masa ini, Kedah dalam prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan PDRM. Masakan tidak, Kedah masih belum tewas dalam 7 perlawanan berturut-turut.

Kekalahan terakhir mereka berlaku pada Ogos 2016 lepas di tangan T-Team. Sejak itu Kedah menang 6 kali dan seri sekali.

Sementara itu dalam 7 perlawanan terakhir, PDRM pula mereka hanya menang 2 kali, kalah 4 kali dan seri sekali sahaja.

Gambar di bawah menunjukkan prestasi kedua-dua pasukan dalam 6 perlawanan terakhir.

ked

Statistik Piala Malaysia 2016

Ini adalah statistik ringkas kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Malaysia setakat ini.

screen-shot-2016-09-30-at-8-01-27-am

Rekod pertemuan

Kedua-dua pasukan telah bertemu sebanyak 14 kali. Kedah menang 8 kali. Manakala PDRM menang 3 kali. 3 lagi keputusan berkahir dengan seri.

Gambar di bawah menunjukkan rekod pertemuan 6 perlawanan terakhir kedua-dua pasukan.

ked1

Kedah menang: 3 (50%)
PDRM menang: 2 (33%)
Seri: 1 (17%)

Karakter pasukan

Kedah

  • Gemar mencipta peluang melalui hantaran lintang
  • Gemar menyerang dari sebelah kanan
  • Kerap melakukan pertukaran peranan pemain

PDRM

  • Cenderung mengekalkan kesebelasan utama yang sama
  • Kurang agresif
  • Gemar mencipta peluang melalui hantaran lintang

Kekuatan pasukan

Kedah

  • Penyudah yang tajam
  • Pertahanan sedang dalam prestasi terbaik
  • Kelajuan dalam serangan balas
  • Gol dari cubaan jarak jauh

PDRM

  • Mendapatkan gol melalui serangan balas
  • Mempertahankan gol pendahuluan

Kelemahan

Kedah

  • Mematikan serangan balas dari arah kiri
  • Mengeluarkan hantaran lintang
  • Kerap ofsaid

PDRM

  • Konsistensi
  • Bertahan berhadapan dengan pemain berskil
  • Lemah dalam usaha mencipta peluang gol beterusan

Fakta perlawanan

  • PDRM adalah satu-satunya juara kumpulan yang memiliki perbezaan jaringan negatif di peringkat kumpulan (-1)
  • PDRM satu-satunya pasukan yang menang menerusi peraturan gol tempat lawan di suku akhir
  • Kedah menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka, sebaliknya PDRM masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka
  • PDRM hanya menang sekali daripada 5 perlawanan terakhir di tempat lawan
  • Kedah hanya tewas sekali dalam 14 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan
  • Kali terakhir PDRM menang ke atas Kedah adalah Mei 2014, dan ia dilakukan mereka di Darul Aman

Sebelum wisel

Di atas kertas, PDRM mungkin bukanlah pasukan pilihan. Namun harus diingat, dari peringkat kumpulan lagi mereka tidak diletakkan harapan yang tinggi. Kini mereka berada di peringkat separuh akhir Piala Malaysia!

Kedah pula mahu mara ke final untuk 2 tahun berturut-turut, sekaligus cuba memenangi Piala Malaysia selepas gagal melakukannya musim lalu.

Baca juga: Penyokong Kedah Suka ‘Clean Tackle’ Keon, Mahu OKS Panggil Masuk Skuad Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN