Selepas bertemu dalam aksi menarik pada peringkat kumpulan, pada hari ini, Jerman dan Chile akan berentap di final.
Arturo Vidal memberitahu media bahawa, hari ini adalah hari perhitungan untuk mereka membuktikan pasukan Chile yang ada hari ini adalah yang terbaik di dunia.
“Kami sudah buktikan kualiti kami. Kami pernah menewaskan salah satu pasukan terbaik iaitu Argentina, kemudian kami telah menewaskan Portugal yang juga Juara Eropah. Jika menang esok (final hari ini), kami mungkin pasukan terbaik di dunia.”
Juara Amerika Selatan itu tahu lawan mereka adalah pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini serta pemegang status Juara Dunia iaitu Jerman.
2 pasukan ini antara pasukan yang paling konsisten di arena antarabangsa buat masa ini. Jerman memiliki gudang bakat yang luar biasa.
Dengan pasukan yang dianggap ‘trial’ Piala Dunia 2018 ini mereka masih mampu berada di pentas final. Joachim Loew mengakui beliau menerima banyak kritikan ketika pasukan ini diumumkan. Loew berkata:
“Setiap kali ada kejohanan, dan anda perlu menyenaraikan skuad, setiap kali itulah ada perdebatan berlaku. Ini kerana setiap orang melihatnya dari sudut pandang berlainan.”
“Skuad kali ini mungkin kurang pengalaman di peringkat antarabangsa berbanding dengan yang sebelum ini, namun saya yakin dengan pilihan ini. Saya rasa disumpah dan saya percaya kami berjaya melepasi jangkaan ramai pihak.”
“Apa yang akan berlaku tahun hadapan? Saya anggap halaman yang berbeza.”
“Pemain-pemain kami yang ada di sini telah memberikan impak yang sangat baik, mereka telah mendapat banyak manfaat daripada pemilihan ini dan telah berkembang. Itu adalah tugas yang paling penting bagi saya.”
Namun bintang Chile merasakan pasukan Jerman kali ini ada kelebihan tersendiri. Vidal berpendapat pasukan muda Jerman ini sangat cergas dan dan memiliki kekuatan fizikal.
Chile memiliki nama-nama pemain yang sentiasa menyerlah di arena antarabangsa. Antaranya, Claudio Bravo, Gary Medel, Alexis Sanchez dan Arturo Vidal.
Nama-nama ini antara pemimpin penting dalam generasi emas bola sepak Chile kali ini. Chile sentiasa bersedia secara mental dan taktikal untuk perlawanan seperti ini. Dalam perlawanan menentang Portugal di separuh akhir mereka menunjukkan karakter yang sangat kuat.
Pasukan Jerman memiliki serangan yang tajam. Mereka berjaya membentuk pasukan yang serasi walaupun pasukan yang dibentuk kali ini masih baru.
Joachim Loew tidak asing lagi dengan kemampuan beliau merancang dan menukar taktikal yang berkesan.
Pemain tumpuan
Leon Goretzka (Jerman)
Pemain tengah dinamik ini telah menjaringkan 3 gol setakat ini. Menjadikan beliau antara pesaing untuk kasut emas menyaingi Timo Werner dan Cristiano Ronaldo.
Gary Medel (Chile)
Sebelum ini kita banya bercerita tentang Alexis Sanchez, Bravo dan Vidal. Pemain ini wajar diberikan lebih kredit dalam pembentukan generasi emas Chile yang ada ini. Beliau menjadi nadi di bahagian tengah yang membolehkan pemain seperti Vidal bebas untuk menyerang ke hadapan.
Barisan kemungkinan:
Chile: Claudio Bravo; Mauricio Isla, Gary Medel, Gonzalo Jara, Jean Beausejour; Pablo Hernandez, Marcelo Diaz, Charles Aranguiz, Arturo Vidal; Eduardo Vargas, Alexis Sanchez.
Jerman: Marc-Andre Ter Stegen; Matthias Ginter, Antonio Rudiger, Niklas Sule; Joshua Kimmich, Sebastian Rudy, Leon Goretzka, Jonas Hector; Lars Stindl, Julian Draxler; Timo Werner