Piala Kelab Dunia: TP Mazembe Antara Yang Pernah Catat Sejarah Unik Untuk Wakil Afrika

Afrika sebagaimana konfederasi lain turut mempunyai kejohanan kelab yang dikenali Liga Juara-Juara Afrika. Pemenang Liga Juara-Juara Afrika akan diberi slot untuk beraksi dalam Piala Kelab Dunia.

Artikel ini akan memaparkan kisah wakil Afrika dalam Piala Kelab Dunia.

Raja pertama

Edisi sulung pada 2000 menyaksikan juara Liga Juara-Juara Afrika 1999, Raja Casablanca menjadi wakil pertama konfederasi tersebut. Namun begitu, kempen mereka tidaklah baik kerana menamatkan kempen hanya di pusingan kumpulan.

Mereka tewas di semua perlawanan dihadapi dalam Kumpulan A. Raja Casablanca kalah kepada Al Nassr (juara Asia), Real Madrid (juara Eropah) dan Corinthians (juara liga Brazil, selaku tuan rumah).

Penguasaan Al-Ahly
Al-Ahly menduduki tangga keempat sewaktu kempen Piala Kelab Dunia 2012. Sumber: Zimbio.com

Jika ditanya mengenai kelab bola sepak terkenal Afrika, majoriti akan menjawab dengan tepat iaitu Al-Ahly dari Mesir.

Al-Ahly menjadi kelab Afrika paling kerap beraksi dalam kejohanan ini. 5 kali wakil Mesir ini telah bertandang ke Piala Kelab Dunia.

Mereka muncul sewaktu musim 2005, 2006, 2008, 2012 dan 2013.

Aksi terbaik mereka ialah menduduki tangga ketiga Piala Kelab Dunia 2006. Al-Ahly mengalahkan America, juara Liga Juara-Juara CONCACAF pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Mohamed Aboutrika menjaringkan dua gol untuk Al-Ahly bagi menewaskan America. Al-Ahly boleh berbangga dengan rekod penampilan terbanyak Afrika tetapi mereka tidak berjaya mengugat TP Mazembe.

Siapa TP Mazembe
TP Mazembe, wakil pertama Afrika mara ke perlawanan akhir Piala Kelab Dunia. Sumber: FIFA.

Mereka merupakan kelab dari Republik Demokratik Congo. Kelab ini pernah muncul sebanyak 3 kali dalam Piala Kelab Dunia.

Penampilan mereka ialah pada 2009, 2010 dan 2015.

Tetapi, kemunculan mereka pada musim 2010 telah membuka mata ramai. Kelab ini telah menjadi wakil Afrika pertama yang beraksi dalam perlawanan akhir.

TP Mazembe telah menewaskan terlebih dahulu Pachuca, wakil CONCACAF di suku akhir. Kemudiannya, Internacional pemenang Copa Libertadores dikejutkan kelab Afrika ini.

Pada perlawanan akhir, mereka tewas kepada Inter Milan dengan tiga gol tanpa balas. Sekurangnya TP Mazembe membuktikan mereka mampu mara ke perlawanan akhir!

Bila pulang ke Afrika?

Sebenarnya kejohanan ini telah diadakan dua kalidi benua Afrika. Kejohanan 2013 dan 2014 telah dianjurkan di Maghribi.

Cuma persoalannya, adakah FIFA akan mempertimbangkan kejohanan ini untuk kembali dianjurkan di Afrika. Mungkin selepas ini negara selain Maghribi.

Negara pilihan anda? Nyatakan…

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN