Piala Kelab Dunia: Koleksi Memori Terpilih Perlawanan Akhir

Piala Kelab Dunia 2018 sudah memasuki perlawanan akhir. Real Madrid dijadualkan bertemu Al-Ain dalam pertembungan tersebut.

Pelbagai memori perlawanan akhir dimuatkan dalam artikel ini.

Juara sulung

Juara sulung kejohanan, Corinthians. Sumber: Sportskeeda.com

Kira-kira 73 ribu penonton telah memenuhi stadium Maracana di Rio de Janeiro pada ketika itu. Perlawanan akhir kejohanan Piala Kelab Dunia yang pertama kali diadakan menemukan Vasco da Gama dan Corinthians.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan pada masa sebenar. Perlawanan dilanjutkan kepada masa tambahan tetapi tiada sebarang gol dijaringkan.

Akhirnya, perlawanan memasuki babak sepakan penalti. Corinthians menewaskan Vasco da Gama melalui sepakan penalti yang berkesudahan 4-3. Corinthians dinobatkan juara sulung bagi kejohanan ini.

Beberapa tumpuan menarik pada perlawanan akhir sulung kejohanan ini antaranya Corinthians menjadi kelab pertama memenangi kejohanan ini melalui slot kepada negara tuan rumah, Brazil.

Selain itu, perlawanan akhir ini merupakan satu-satunya perlawanan akhir yang ditentukan keputusannya melalui sepakan penalti.

Juara sulung Eropah – AC Milan

AC Milan meraikan kejayaan pada 2007. Sumber: Zimbio.

Biarpun gelaran edisi 2005 dan 2006 menjadi milik kelab Amerika Selatan, kejohanan 2007 menyaksikan kelab Eropah pertama menggondol kejuaraan.

Kelab yang dimaksudkan ialah, AC Milan. Pada perlawanan akhir, kelab Itali itu berpesta gol bagi menewaskan Boca Juniors.

4 gol AC Milan itu disumbangkan oleh Filippo Inzaghi sebanyak 2 kali manakala Alessandro Nesta dan Kaka menjaringkan satu gol. Boca Juniors hanya merapatkan defisit gol dengan 2 jaringan melalui Rodrigo Palacio dan Pablo Ledesma.

Edisi 2007 ini menyaksikan penguasaan kelab-kelab Eropah dalam kejohanan ini bagi 5 tahun berturut-turut. Kelab tersebut ialah Manchester United (2008), Barcelona (2009, 2011) dan Inter Milan (2010).

Bukan Eropah, bukan Amerika Selatan

YOKOHAMA, JAPAN – DECEMBER 18: Shoma Doi of Kashima Antlers and Luka Modric of Real Madrid during the FIFA Club World Cup final match between Real Madrid and Kashima Antlers. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Termasuk edisi 2018, 4 kali kelab selain blok Eropah dan Amerika Selatan telah mara ke final Piala Kelab Dunia. TP Mazembe menjadi wakil Afrika pertama mara ke perlawanan akhir musim 2010.

Mereka beraksi menentang Inter Milan tetapi tewas melalui 3 gol tanpa balas.

Raja Casablanca, kelab Maghribi yang menjadi wakil negara tuan rumah turut mara ke sehingga final 2013. Mereka dikalahkan oleh Bayern Munich pada pertembungan tersebut melalui skor 2-0.

Pada 2016, slot tuan rumah diisi oleh Kashima Antlers. Mereka juga berjaya menempah slot perlawanan akhir. Walau bagaimanapun, Antlers tidak dapat menewaskan Real Madrid pada perlawanan tersebut.

Sepanyol mula berkuasa?

YOKOHAMA, JAPAN – DECEMBER 20: Barcelona players and coaching staff celebrate as captain Andres Iniesta of Barcelona lifts the trophy, following their 3-0 victory during the FIFA Club World Cup Final 2015 in Yokohama, Japan. (Photo by Shaun Botterill – FIFA/FIFA via Getty Images)

Trofi Piala Kelab Dunia kembali ke Eropah pada 2013 dengan kemenangan Bayern Munich. Pada 2014, bermulanya episod baru dalam kejohanan ini.

Real Madrid memenangi pertandingan ini buat pertama kali pada 2014. Barcelona menjulangnya pada 2015 untuk kali yang ketiga.

Dua musim berturut-turut yakni 2016 dan 2017 menyaksikan kejayaan berpihak kepada Real Madrid. Mungkinkah ia akan sekali lagi trofi ini akan menuju ke Real Madrid bagi tahun ini?

Imbasan juara lalu

2000: Corinthians (Brazil, CONMEBOL)
2005: Sao Paolo (Brazil, CONMEBOL)
2006: Internacional (Brazil, CONMEBOL)
2007: AC Milan (Itali, UEFA)
2008: Manchester United (England, UEFA)
2009: Barcelona (Sepanyol, UEFA)
2010: Inter Milan (Itali, UEFA)
2011: Barcelona (Sepanyol, UEFA)
2012: Corinthians (Brazil, CONMEBOL)
2013: Bayern Munich (Jerman, UEFA)
2014: Real Madrid (Sepanyol, UEFA)
2015: Barcelona (Sepanyol, UEFA)
2016: Real Madrid (Sepanyol, UEFA)
2017: Real Madrid (Sepanyol, UEFA)

Seleksi fakta menarik

  1. Kelab UEFA memenangi 10 kali berbanding kelab CONMEBOL sebanyak 4 kali. Tiada wakil konfederasi lain pernah memenangi kejohanan ini.
  2. 6 kali kelab Sepanyol menjadi juara Piala Kelab Dunia. Barcelona memenangi 3 kali, angka yang sama dikutip oleh Real Madrid.
  3. 4 kali trofi ini dijulang kelab Brazil. Corinthians memenanginya sebanyak 2 kali.
  4. Pep Guardiola satu-satunya pengurus yang memenangi 3 kali trofi ini iaitu 2009, 2011 (kedua-duanya bersama Barcelona) dan 2013 (Bayern Munich).
  5. International Stadium Yokohama di Jepun telah menganjurkan 8 kali perlawanan akhir Piala Kelab Dunia.

Adakah kelab UAE, Al-Ain bakal menamatkan dominasi kelab Eropah-Amerika Selatan ini? Pendapat anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN