Piala Kelab Dunia: Al Jazira Mara ke Separuh Akhir Berhadapan Real Madrid

Piala Kelab Dunia 2017 kini sedang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu. Semalam, dua perlawanan suku akhir sudah pun berlangsung.

Perlawanan pertama menampilkan juara Asia, Urawa Red Diamonds menentang wakil tuan rumah, Al Jazira. Perlawanan kedua pula menemukan Pachuca menentang Wydad Casablanca.

Al Jazira kejutkan Urawa

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua kelab ini terikat tanpa jaringan. Selepas 6 minit bermulanya separuh masa kedua, Urawa dikejutkan dengan gol oleh pemain Al Jazira.

Al Jazira meraih gol melalui Ali Makhbout. Beliau menerima hantaran dari rakan sepasukan dengan aksi solo yang memukau.

Kecekapan penjaga gol Al Jazira banyak menafikan peluang berharga buat Urawa. Urawa terpaksa menelan hakikat kerana tewas dalam kejohanan ini. Al Jazira bakal bertemu Real Madrid, juara Eropah dalam separuh akhir.

Perlawanan peringkat separuh akhir tersebut bakal dilangsungkan pada 13 Disember.

Pachuca tewaskan Wydad Casablanca

Dalam pertemuan juara CONCACAF dengan Afrika, Victor Guzman menjadi hero buat Pachuca. Beliau menjaringkan gol pada masa tambahan, pada minit ke-111 perlawanan.

Sebelum itu, kedua-dua kelab buntu menghasilkan gol. Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.

Gol tunggal hasil jaringan Victor Guzman itu membawa Pachuca ke separuh akhir. Mereka dijadualkan bertemu Gremio, juara Amerika Selatan pada 12 Disember.

Penentuan tempat kelima

Wydad Casablanca akan dipertemukan dengan Urawa Red Diamonds dalam perlawanan penentuan tempat kelima. Perlawanan tersebut akan diadakan pada 12 Disember akan datang.

Al Jazira VS Real Madrid, dan Pachuca VS Gremio. Pasukan manakah yang akan melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Kelab Dunia 2017?

Pasukan manakah menjadi pilihan anda untuk menjuarai Piala Kelab Dunia 2017? Adakah Gremio akan menamatkan dominasi Real Madrid sekaligus menamatkan penguasaan Eropah?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN