Kejohanan paling berprestij bagi peringkat kelab di dunia, Piala Kelab Dunia sudah menghampiri bagi musim 2017. Kali ini, Emiriah Arab Bersatu mengambil tempat sebagai tuan rumah.
Kali terakhir negara itu menjadi tuan rumah ialah pada 2010. Di mana Internazionale menewaskan TP Mazembe (juara Afrika pada ketika itu).
Real Madrid juara bertahan
Real Madrid akan kembali ke kejohanan ini sebagai juara bertahan. Buat pertama kali dalam sejarah, juara kejohanan ini akan kembali ke kejohanan edisi seterusnya.
Juara Eropah itu akan bertemu pemenang perlawanan suku akhir antara juara Asia (AFC Champions League) dengan pemenang perlawanan play-off.
Play-off pula mempertemukan juara Oceania (Auckland City) dengan juara liga tuan rumah, Al Jazira.
CONEMBOL menunggu di separuh akhir
Juara Amerika Selatan, CONMEBOL akan memulakan cabaran di separuh akhir. Lawan mereka, antara juara Afrika atau pun Pachuca.
Pachuca menjadi wakil CONCACAF berikutan memenangi CONCACAF Champions League tahun ini.
Berikut undian penuh Piala Kelab Dunia 2017 di paparan bawah.
Siapa akan julang kejuaraan
Setakat kejohanan ini dianjurkan, ianya hanya dimenangi oleh dua konfederasi yang berbeza sahaja. Ya, sudah tentunya UEFA dengan CONMEBOL sahaja.
Masih tidak ada mana-mana kelab lagi dari konfederasi lain dapat memecahkan dominasi Eropah-Amerika Selatan itu.
Mampukah gergasi Sepanyol, Real Madrid memenanginya sekali lagi pada tahun ini ?