Piala Harapan: Adakah Penang Mampu Lakar Kejutan Atasi Selangor?

Saingan pra-musim 2023 yang dikenali sebagai Piala Harapan sudah pun menemui final dengan Penang bakal membuat perhitungan bersama Selangor di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Aksi yang bakal berlangsung malam ini dijangka akan menghadirkan persaingan sengit membabitkan kedua pasukan tersebut setelah masing-masing menampilkan aksi menarik ketika menewaskan lawan mereka di pusingan pertama.

Penang yang hadir selaku status tuan rumah jelas tidak menghadapi masalah ketika menewaskan lawan mereka iaitu Geylang International yang menjadi satu-satunya wakil dari Singapura.

Menerusi kemenangan 4-0 yang dicatat Penang, skuad kendalian Manzoor Azwira jelas mempamerkan aksi cukup positif sepanjang 90 aksi berlangsung.

Pemain-pemain tempatan baharu mereka seperti Hadin Azman, Rahmat Makasuf, Azmeer Aris dan beberapa lagi tonggak berjaya memberi impak sangat positif buat pasukan terutama sumbangan di posisi serangan.

Malah, aksi-aksi yang dipamerkan oleh pemain import mereka iaitu Soony Saad, Adriano, dan Rafael Vitor juga sangat memberansangkan dan mendapat pujian para penyokong.

Walaupun tampil selaku pasukan tercorot pada saingan Liga Super musim lalu, skuad kendalian Manzoor Azwira kini dilihat mula bangkit dengan corak permainan lebih menyakinkan.

Berdepan Selangor yang dianggap selaku pasukan pilihan musim ini, Penang mampu melakar kejutan awal jika mereka menewaskan skuad kendalian Tan Cheng Hoe pada malam esok.

Selangor yang turut membuat rombakan musim ini di beberapa posisi juga masih lagi mencari-cari rentak terbaik mereka, dan ianya jelas terserlah pada perlawanan awal mereka ketika bertemu Kedah Darul Aman (KDA).

Pada aksi bertemu KDA, beberapa perubahan dibuat oleh Cheng Hoe untuk membina keserasian antara pemain dan kombinasi permainan denban beberapa perubahan posisi turut dibuat dalam kalangan pemain.

Namun, segalanya tidak begitu berjalan lancar dan ketumpulan jelas dapat di posisi serangan mereka yang serba tidak menjadi biarpun barisan pemain utama dibawa turun.

Sesuatu perlu diatasi segera oleh Cheng Hoe mengenai masalah tersebut, jika mereka tidak mahu terus dihantui seperti aksi bertemu KDA dengan melepaskan deretan peluang meledak gol.

Para pemain seperti Mukhairi Ajmal, Faisal Halim, dan Ayron del Valle perlu membina persefahaman secepat mungkin jika Selangor berkeinginan merangkul kejuaraan pertama pra-musim ini.

Apapun, kedua pasukan tersebut kini berada dalam momentum terbaik tanpa ada kecederaan menimpa pada pemain utama untuk masing-masing mempamerkan aksi terbaik di hadapan para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN