TERKINI: Piala FAM Distruktur Sebagai Pertandingan 64 Pasukan Mulai 2019

Sebelum ini, terdapat kerisauan mengenai masa depan bagi saingan divisyen 3 dalam bola sepak negara iaitu Piala FAM.

Dengan kekurangan penyertaan pasukan, tindakan perlu diambil bagi memastikan kejohanan ini diteruskan dari musim ke musim.

Hasilnya, pihak FAM telah mencapai kata sepakat untuk mengubah format kejohanan tersebut dengan melibatkan 64 pasukan!

Dalam hebahan terkini FAM, keputusan yang dibuat menerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM (JKPT) menyaksikan kejohanan format 64 pasukan itu akan diadakan secara kalah mati.

Tetapi bagaimana mereka hendak dapatkan 64 pasukan itu?

Bagi mencukupkan bilangan yang cukup banyak itu, 19 pasukan akan dicalonkan oleh ahli gabungan FAM untuk dibawa masuk bertanding.

Selain itu, kesemua pasukan yang bertanding dalam peringkat M3 Liga Malaysia pada musim yang sama akan turut bertanding.

Sementara baki tempat akan diisi oleh pasukan yang beraksi di peringkat M4 Liga Malaysia. Namun begitu, kaedahnya akan ditentukan oleh pihak Malaysia Football League (MFL).

Terengganu City merupakan juara bagi Piala FAM pada musim 2018. Gambar: FAM

Piala FAM bakal menyaksikan 2 entiti bakal mengawal selia kejohanan ini.

Bagi saingan M5 hingga M3 serta saingan Piala FAM sehingga pusingan 16 pasukan terbaik, ianya akan dianjurkan oleh pihak MFL.

Sementara baki saingan bermula dari peringkat suku akhir hingga ke perlawanan akhir akan dianjurkan oleh pihak FAM.

Apa yang menarik mengenai kejohanan ini, juara bagi pertandingan ini bakal mendapat 1 slot untuk merebut tempat ke saingan Liga Premier pada musim akan datang.

Format ini sedikit sebanyak memberi impak positif sebagai usaha untuk membesarkan pilihan pemain dalam bola sepak di negara kita. Menarik untuk disaksikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN