TCFC Gagal Manfaat Kelebihan, Seri 2-2 Dengan PJ Rangers Yang Bermain 10 Orang

Perlawanan kali ini menyaksikan Terengganu City FC (TCFC) bertandang ke Stadium Majlis Perbandaran Petalling Jaya untuk menentang pasukan tuan rumah iaitu Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) dalam aksi pusingan kedua Piala FAM 2017.

Abang Azharudin Abdullah menjadi pengadil perlawanan pada hari ini yang menyaksikan kehadiran penonton kira-kira 300 orang.

PJ Rangers kuasai separuh masa pertama

Keadaan seimbang pada 10 minit pertama perlawanan dimana kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Minit 11 gerakan menarik yang dimulakan oleh ketua pasukan TCFC iaitu Zairo Anuar Zailani kepada Saiful Nizam namun gagal disudahkan oleh Haris Safwan.

PJ Rangers memulakan amaran pertama dengan sepakan percuma oleh Khairul Naim pada minit ke 13 dan 14 namun hanya melalui hadapan tiang gol TCFC.

Minit ke 14, perlawanan Khairul Naim sekali lagi menjadi arkitek gerakan PJ Rangers dengan kali ini lorongannya cuba mencari Mohamad Akmal namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan TCFC.

Minit ke 19, perlawanan midfield PJ Rangers Faizwan cuba melakukan lorongan untuk mencari Mohd Akmal namun tidak berjaya.

Sehingga minit ke 20 perlawanan PJ Rangers menguasai hampir keseluruhan perlawanan dengan TCFC tidak berjaya memasuki defensive half PJ Rangers.

Minit ke 33 PJ Rangers memperoleh sepakan penjuru yang pertama. Ketua pasukan, Abdullah Yusuf melakukan tandukan namun hanya melewati palang gol.

PJ Rangers terus menguasai di bahagian tengah dengan Saiful Mustafa, Raphi dan Faizwan memainkan peranan besar. Namun, masih belum ada percubaan tepat kearah gol oleh kedua-dua pasukan.

PJ Rangers bermain 10 orang

Pasukan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Mohamad Akmal dilayangkan kad merah setelah menumbuk Munawwar Shavukath Ali.

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0 dengan PJ Rangers dilihat pasukan yang lebih menyerlah pada separuh masa pertama ini.

Walaupun bermain dengan 10 orang, PJ Rangers masih ampuh mengasak dan hasilnya pada minit ke 54 pemain berjersi no 8, Mohamad Faizwan Abdullah menjaringkan gol hasil rembatan dari luar kotak penalti. PJ Rangers 1-0 TCFC.

TCFC dilihat masih gagal mengawal perlawanan walaupun PJ Rangers bermain dengan 10 orang. PJ Rangers terus menguasai perlawanan dengan gerakan gerakan menarik dari Faizwan dan Saiful Mustafa.

Serangan balas TCFC hadiahkan 2 gol dalam 5 minit

Minit ke 60 perlawanan TCFC melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan pemain berjersi 18,Shafuan Adli dan memasukkan pemain berjersi 14, Nurhalis Syafiq.

PJ Rangers pula melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan pemain berjersi 20, Saiful Mustafa akibat kecederaan dan memasukkan pemain berjersi 27, See Kok Luen.

Minit ke 67 TCFC memperoleh gol yang pertama hasil satu serangan balas dimana Syam Sharil Ghulam melakukan lorongan lambung cantik kepada Zailan Mohamad. Zailan kemudiannya dengan mudah menewaskan penjaga gol PJ Rangers, Fadzley Abd Rahim. PJ Rangers 1-1 TCFC.

Setelah memperoleh gol yang pertama, TCFC dilihat mula yakin dengan melancarkan beberapa serangan berbahaya kearah gol PJ Rangers.

Hasilnya, TCFC sekali lagi memperoleh gol hasil serangan balas pada minit 72 dimana gerakan solo oleh Saiful Nizam Abdullah menewaskan penjaga gol PJ Rangers. PJ Rangers 1-2 TCFC.

Barathkumar hero PJ Rangers

Minit ke 73 PJ Rangers melakukan pertukaran kedua mengeluarkan pemain berjersi 11 , Khairul Naim dan memasukkan pemain berjersi 2, Barathkumar.

Percaturan memasukkan Barathkumar nyata berhasil apabila PJ Rangers memperoleh gol penyamaan hasil umpanan cantik See Kok Luen kepada Barathkumar dan disudahkan dengan baik untuk menewaskan Syamsuri Mustafa. PJ Rangers 2-2 TCFC.

Minit ke 77 TCFC melakukan pertukaran yang kedua dengan mengeluarkan pemain berjersi 4 Fadli Hadi Mamat dan memasukkan pemain berjersi 6, Shahmi Khairudin.

PJ Rangers kembali mendapat rentak dengan See Kok Luen dilihat mengawal bahagian tengah PJ Rangers dengan baik.

Minit ke 86 perlawanan Raphi dilayangkan kad kuning pertama setelah mengasari ketua pasukan TCFC iaitu Zairo Anuar Zailani.

PJ Rangers terlepas peluang keemasan untuk 3 mata pada minit ke 89,setelah Abdul Azim gagal menyudahkan rembantan yang muntah oleh Raphi Azizan.

Minit 90 Shahmi Khairudin menjadi pemain TCFC yang pertama dilayangkan kad kuning setelah mengasari Barathkumar. Perlawanan berkesudahan dengan keputusan 2-2.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN