Piala FA: Ubaidullah Shamsul Nekad Bantu Terengganu Atasi Perak

Pertahanan muda Terengganu, Ubaidullah Shamsul Fazili jelas mempunyai sasaran tersendiri pada aksi sulung mereka dalam saingan Piala FA musim 2024/2025 untuk berdepan cabaran Perak.

Terengganu bakal menghadapi cabaran Perak bagi aksi kalah mati Piala FA di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dengan memasang tekad untuk mengatasi cabaran pasukan lawan.

Awal musim ini menyaksikan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner memulakan segalanya dengan baik apabila mereka masih belum tewas dalam tiga aksi Liga Super 2024/2024 bersama aksi cukup menyakinkan.

Malah, rekod pertemuan pasukan tersebut menentang Perak sebelum ini juga sangat positif selepas Terengganu meraih kemenangan 3-1 pada aksi pembukaan Liga Super 2024/2025.

Momentum itu menyaksikan Sang Penyu kini bersemangat untuk meneruskan rekod positif mereka pda aksi akan datang dengan sekali lagi membuat perhitungan bersama skuad kendalian Yusri Che Lah.

Malah, Ubaidullah juga menjadi antara pemain paling bersemangat ketika ini untuk menyekat kemaraan Perak jika beliau terus diberi kepercayaan oleh barisan kejurulatihan kelab.

“Perlawanan pada Jumaat ini adalah perlawanan yang 𝑐𝑟𝑢𝑐𝑖𝑎𝑙 untuk kita kerana ianya saingan kalah mati dan ini pula kali kedua kita bertemu dengan pasukan Perak FC pada musim ini.

“Saya yakin mereka akan tampil dengan taktikal berbeza berbanding perlawanan pertama mereka.

“Saya jangkakan Perak FC akan tampil lebih agresif dan kita perlu sentiasa fokus bagi memastikan mereka tidak mendapat sebarang ruang untuk mendapatkan jaringan dan kemenangan di Terengganu sekaligus kita ingin kekalkan rekod positif kita di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Jika ketua jurulatih menurunkan saya pada perlawanan ini semestinya saya ingin memberikan komitmen penuh untuk membantu rakan-rakan sepasukan.

“Saya juga mempunyai misi tersendiri untuk menyekat pemain pasukan lawan dari dapat membolosi gawang pasukan kita dalam saingan ini.

“InsyaAllah dengan semangat juang rakan-rakan dan ribuan penyokong yang hadir, kita bakal melakar keputusan yang positif dalam perlawanan ini. Saya yakin, doa dan usaha adalah senjata utama kita,” jelas pemain muda berbakat besar itu.

Menjadi pilihan utama sejak tiga perlawanan lalu, konsistensi bintang pembikinan Harimau Malaya ini dijangka akan terus kekal dalam perancangan Steinbruckner selaku pemain kesebelasan utama Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN