Piala FA: Tranmere Singkir Finalis Musim Lalu, Watford

Kelab yang bermain di divisyen ketiga dalam piramid bola sepak Inggeris – Tranmere Rovers telah mengejutkan finalis musim lalu iaitu Watford dalam aksi ulangan Piala FA.

Tranmere menang 2-1 selepas masa lanjutan, dalam aksi yang berlangsung pada malam Khamis.

Perlawanan pertama di antara kedua-dua pasukan berakhir dengan 3-3. Ketika itu Tranmere bangkit daripada ketinggalan 3-0, untuk memastikan ada perlawanan ulangan.

Untuk info tambahan, pengadil EPL, Mike Dean merupakan peminat tegar kelab ini.

Dan ternyata Tranmere terus mencipta satu lagi kejutan dalam pertandingan major itu. Watford ternyata terkejut disingkirkan oleh pasukan yang sedang bergelut dengan zon penyingkiran.

Dalam aksi kedua yang berlangsung di Prenton Park, Tranmere terlebih dahulu di hadapan menerusi voli oleh Emmanuel Monthe.

Watford menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Kaylen Hinds.

Perlawanan dilanjutkan 30 minit lagi untuk menentukan siapa pemenang. Dan gol kemenangan Tranmere hadir pada minit ke-104 menerusi tandukan Paul Mullin.

Watford disingkirkan dan Tranmere bergembira mara ke pusingan keempat. Para penyokong mereka bersorak dengan girang sekali.

Tranmere akan berhadapan dengan Manchester United dalam aksi Ahad ini.

Nampaknya Tranmere sudah berkira-kira untuk mengulangi pencapaian mereka pada Ahad ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN