Piala FA: Tinggal Selangkah Lagi Untuk Mehmet Akhiri Penantian Perak Dan Juga Dirinya

Mehmet Durakovic menganggap beliau ada misi peribadi dan misi pasukan dalam Piala FA kali ini. Keutamaan pastinya kepada misi pasukan – untuk mengakhiri penantian Piala FA pasukan Perak selama 15 tahun.

Misi peribadi beliau lebih kepada nilai sentimental. Ini kerana Mehmet Durakovic menjuarai Piala FA sebagai pemain – bersama Selangor – pada 22 tahun yang lalu.

Jadi, jika berjaya memenangi Piala FA dalam aksi final malam ini, Mehmet Durakovic akan menjulang sekali lagi Piala FA – kali ini sebagai jurulatih.

Mehmet Durakovic menganggap mereka ada selangkah sahaja lagi. Namun langkahan terakhir itu bukannya semudah seperti yang didengar. Ia menuntuk komitmen yang lebih tinggi.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Mehmet berkata: “Selangkah sahaja lagi, namun bukan muda melakukannya. Kami diberikan harapan yang sangat tinggi. Mana tidaknya, Perak kali terakhir memenangi Piala FA, 15 tahun yang lalu [pada 2004].”

Shahrul

Mehmet Durakovic menepis teori bahawa Kedah berhadapan dengan masalah besar kerana kehilangan tonggak – Renan Alves. Menurut Mehmet, Kedah memiliki pemain yang cukup baik untuk mengisi kekosongan itu.

“Sudah tentu jurulatih Kedah agak sedih kerana kehilangan Renan. Beliau tidak dapat menurunkan pemain yang beliau ingin lihat beraksi.”

“Namun saya yakin mereka ada pengganti yang baik untuk mengisi kekosongan itu.”

Berkongsi sedikit tentang pemilihan pemain untuk aksi final, Mehmet Durakovic menyatakan beliau pening memikirkan perkara itu.

Dan beliau berharap sesiapa sahaja yang beraksi dalam final itu nanti akan beraksi dengan sepenuh hati.

Mehmet mahu para pemainnya berjuang untuk menjuarai Piala FA bagi membolehkan mereka beraksi di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN