Piala FA: Terengganu Sentiasa Sedia Untuk Melangkah Ke Pentas Akhir

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner tampil dengan keyakinan cukup tinggi untuk membawa para pemain kendaliannya mara ke pentas akhir bagi saingan Piala FA musim 2024/2025.

Sang Penyu pada musim ini boleh dianggap tampil begitu menyakinkan menerusi siri persediaan dibuat sejak pramusim serta prestasi positif dipamerkan oleh setiap para pemain.

Hadir dengan reputasi besar sejak tahun lalu, maka tidak hairan mengapa Steinbruckner memasang impian tinggi untuk melangkah ke pentas akhir kejohanan tersebut pada musim ini.

Melihat kepada aksi separuh akhir pertama ini yang akan berlangsung tidak lama lagi, pengendali dari Croatia itu tidak kisah walau perlu bermain di gelanggang lawan terlebih dahulu.

Ini kerana majoriti para pemain yang terdahulu terpaksa diketepikan kerana isu kecederaan sudah pun kembali sembuh serta sedia untuk memberi tentangan hebat buat Selangor.

“Bagi saya tiada masalah beraksi di tempat sendiri terlebih dahulu atau sebaliknya biarpun bertemu dengan pasukan dan pemain antara yang terbaik ketika ini dalam Liga Malaysia (Liga M).

“Ini kerana anak buah kami sentiasa bersedia untuk memberikan persembahan yang terbaik untuk mara ke pentas final lebih-lebih lagi beberapa pemain yang sebelum ini tersisih akibat kecederaan sudah kembali bersama pasukan.

“Lebih memberikan motivasi kepada pemain kejayaan dengan agregat yang besar menumpaskan Sabah FC juga turut menjadi elemen penting buat pasukan untuk menewaskan Selangor FC nanti.

“Bagaimanapun pesanan buat semua pemain, dalam sukan bola sepak pelbagai kemungkinan boleh terjadi, jadi fokus sepenuhnya ketika sesi latihan dan perlawanan adalah antara kunci kejayaan,” kata Steinbruckner menerusi laporan Berita Harian.

Hadir dengan momentum cukup baik kini, Terengganu sebelum itu berjaya mencipta kemenangan agregat besar 7-0 sewaktu mengetepikan cabaran Sabah pada saingan suku akhir.

Gandingan membabitkan beberapa muka baharu pada musim ini menjadi pertaruhan terbaik buat Steinbruckner untuk membentuk pasukan lebih ampuh berbanding musim lalu.

Kelibat Safawi Rasid, Akhyar Rashid, bersama Ismahil Akinade juga kini semakin cemerlang dan berjaya membentuk persefahaman lebih tinggi.

Sudah tentu aksi separuh akhir menentang Selangor ini menjanjikan suatu pertembungan cukup hebat antara kedua pasukan berkenaan jika dilihat daripada segi prestasi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN