Piala FA: Siapa Bakal Ungguli Status Penjaring Terbanyak Piala FA?

Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool Loading official content
Guardiola provides Haaland fitness update ahead of Liverpool
Pep Guardiola, Manchester City manager, provided an update on Erling Haaland’s fitness ahead the Premier League match against Liverpool.
0 seconds of 27 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:27
00:27
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Madura United gear up for Persib away clash Behind the scenes: Musiala and his little brother at the contract extension video shoot Brazilian midfielder Berguinho shows goalkeeping skills Champions League: 2024-25 play-off draw Behind the scenes: PSG celebrate victory over Brest and advance to UCL knockout round Lopetegui expects great things from Sergio Ramos at Monterey Lyon's 10 goals in 3 games under Paulo Fonseca Giorgia Arrigoni on her contract renewal with Milan Rebecca Knaak: ‘The cross-border duel is always something special’ Man City squad training ahead of Real Madrid in the UCL Slot sees experience as key to Liverpool FC’s title ambitions The best of Vitinha at PSG Lihat lebih video Manchester City di OneFootball

Saingan Piala FA sudah pun sampai ke penghujungnya dengan dua pasukan bakal saling berentap untuk menentukan siapa bakal menjadi juara bagi edisi 2024/2025 tidak lama sahaja lagi.

Selangor yang mengesahkan diri mereka lebih awal ke pentas akhir setelah mengetepikan Terengganu bakal membuat perhitungan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

JDT pula menepati ramalan untuk ke final selepas kejayaan mereka mengetepikan Kedah Darul Aman (Kedah) dengan rekod jaringan cukup mengujakan.

Kedua pasukan ini tampil dengan status selaku pilihan utama dalam kalangan peminat bola sepak tempatan menerusi reputasi serta prestasi semasa ditampilkan.

Baik Selangor atau JDT, kedua pasukan ini menampilkan pemain di posisi serangan yang sangat berkualiti dan sudah pun dibuktikan menerusi carta penjaring terbanyak Piala FA kini.

Ketika ini, pemain sayap Selangor iaitu Alvin Fortes bersama penyerang JDT, Romel Morales unggul mendahului status penjaring terbanyak menerusi lima gol.

Kedua pemain ini berpeluang untuk muncul selaku penjaring terbanyak pada saingan akhir kali ini kerana mereka sudah tentu akan menjadi pilihan utama jurulatih masing-masing jika dilihat pada aksi lalu.

Fortes yang menyertai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini tak mengambil masa lebih lama untuk cepat menyesuaikan diri selaku mesin gol baharu The Red Giants.

Begitu juga dengan Morales yang terdahulu sudah pun membuktikan dirinya sebagai pemain tepat pilihan JDT musim ini untuk memperkasakan posisi serangan utama mereka.

Selain itu pemain tengah JDT, Francisco Geraldes juga berpeluang untuk mengejutkan kedua pemain tersebut setelah dirinya kini telah mengumpul empat gol secara peribadi untuk bersama bintang Terengganu, Ismaheel Akinade.

Lima pemain lain masing-masing merekodkan tiga gol dengan diketuai oleh Ebenezer Assifuah, Ramon Machado, Marin Pilj, Safuwan Baharudin, serta Safawi Rasid.

Hanya Safawi satu-satunya anak jati Malaysia yang tersenarai buat penjaring terbanyak Piala FA musim ini selepas Morales dengan status naturalisasi Harimau Malaya.

Selebihnya, ia diisi oleh pemain import kelab masing-masing yang tampil begitu menonjol serta berbisa di hadapan gawang gol lawan sejak awal persaingan berlangsung.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN