Piala FA: Sabah & Terengganu Bakal Berentap Dalam Serba Kekurangan

Aksi suku akhir pertama Piala FA yang membabitkan antara Terengganu menentang Sabah tampak serba tempang selepas kedua pasukan dilaporkan tidak dapat menurunkan skuad terbaik.

Terdahulu, Sabah dilaporkan kehilangan empat tonggak mereka termasuk dua daripadanya merupakan pemain import untuk menghadapi cabaran Sang Penyu.

Menurut perkongsian dibuat oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL), The Rhinos dilaporkan tidak dapat menggunakan khidmat pertahanan iaitu Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, penyerang Harimau Malaya, Darren Lok serta Gary Steven Robbat.

“Empat pemain tersebut masih lagi belum pulih selepas berdepan kecederaan dan berkemungkinan besar memang tidak akan bersama pasukan ke Terengganu.

“Apa pun kami tetap bersedia dan semua tahu Terengganu mempunyai rekod yang baik di tempat sendiri apatah lagi mereka juga ada ramai pemain berkualiti seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.

“Jadi kita sendiri harus berada dalam tahap terbaik untuk memastikan kita tidak kehilangan gol dan perlu meraih keputusan positif Jumaat ini”, jelasnya kepada MFL.

Beralih ke kem Terengganu pula, ada laporan menyatakan beberapa pemain mereka tidak dapat dibawa turun kerana menghidapi wabak Covid-19.

Lebih parah, pasukan itu juga tidak dapat menggunakan khidmat pengendali utama iaitu Tomislav Steinbruckner kerana turut dijangkiti wabak tersebut.

Walaupun begitu, pembantu jurulatih mereka iaitu Badrul Afzan Razali sedia menggalas tanggungjawab tersebut selaku pengganti kepada Steinbruckner.

“Biarpun tanpa saya akibat COVID-19, ia tidak sesekali menjejaskan perancangan kami untuk melakar keputusan yang positif berdepan Sabah FC.

“Lagipun kami sudah mengatur strategi bagi menghadapi perlawanan yang penting itu sebelum aksi suku akhir kedua nanti selain beberapa pemain sudah kembali sihat.

“Apa yang saya harapkan, pemain yang diturunkan nanti perlu sabar dan bijak mengambil peluang terutama untuk menjaringkan gol kerana keputusan itu penting bagi meningkatkan lagi motivasi mereka,” kata Steinbruckner menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, pemain import mereka iaitu Matthew Steenvoorden berkemungkinan bakal mencipta penampilan sulung di posisi pertahanan untuk menghadapi siri serangan Sabah.

“Bagaimanapun dia (Steenvoorden) perlu bersaing dengan beberapa pemain lain untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama, jika dia cergas kemungkinan besar bakal beraksi buat kali pertama pada musim ini,” katanya akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN