Wayne Rooney menyumbang satu gol dalam kemenangan 4-2 Derby County ke atas Northampton – dalam aksi ulangan Piala FA pusingan ke 4.
Kemenangan ini sekali gus membolehkan Wayne Rooney bakal berjumpa dengan bekas rakan lama di kelab lamanya Man United.
Wayne Rooney merupakan legenda yang menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman di Manchester United.
Wayne Rooney menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa kedua.
Gol pertama Derby adalah menerusi Andre Wisdom. Seterusnya Derby County mengukuhkan lagi kedudukan menerusi gol oleh Duane Holmes.
Nicky Adams merapatkan jurang untuk Northampton, pada awal separuh masa kedua.
Derby kemudian kembali 2 gol di hadapan apabila Marriot menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-51.
Rooney membunuh sisa sisa perjuangan Northampton dengan penalti pada minit ke-77.
Wayne Rooney scored for Derby tonight as they beat Northampton 4-2 ⚽️
That means Rooney will return to Old Trafford as Derby face Manchester United in the fifth round 🙌#FACup pic.twitter.com/3EOKLfCoBl
— GOAL (@goal) February 4, 2020
Northampton mendapat gol saguhati lewat perlawanan, juga menerusi penalti. Sam Hoskins berjaya melakukan tugasan tersebut.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-2 memihak Derby County.
Ini merupakan kali pertama Derby County mara ke pusingan kelima Piala FA selepas musim 2008/09 dan 2009/10.
Lawan mereka nanti adalah Man United. Pasukan yang menyingkirkan mereka daripada saingan pusingan kelima Piala FA musim 2008/09.
Berikut adalah undian untuk pusingan kelima:
Reading vs Sheffield United
Chelsea vs Liverpool
West Brom vs Newcastle
Leicester vs Birmingham
Derby vs Manchester United
Southampton/Tottenham vs Norwich
Portsmouth vs Arsenal