Gol tunggal oleh Reiss Nelson cukup untuk membantu Arsenal menewaskan Leeds United untuk skuad kendalian Mikel Arteta mara ke pusingan ke-4 Piala FA Inggeris 2019/20.
Leeds United menguasai babak pertama perlawanan, menghasilkan 15 percubaan berbanding hanya tiga oleh Arsenal. Pendahulu Sky Bet Championship itu juga menguasai lebih dari 60% pengusaaan bola sepanjang 45 minit pertama perlawanan.
Arsenal membariskan skuad yang dianggap kuat, dengan melakukan empat perubahan pemain berbanding kesebelasan utama yang menewaskan Manchester United sebelum ini.
🎶 One-nil… to The Arsenal! 🎶#EmiratesFACup
— Arsenal (@Arsenal) January 6, 2020
Leeds United pula merehatkan kebanyakkan pemain utama, sambil memberikan penampilan pertama kepada penjaga gol, Illan Meslier dan pemain tengah, Robbie Gotts.
Namun corak permainan Leeds yang bersandarkan kepada hantaran cukup baik untuk memberi tekanan kepada Arsenal sepanjang babak pertama perlawanan.
Beberapa peluang keemasan dihasilkan oleh anak buah Bielsa sepanjang tempoh tersebut.
▪️ Frustration at half-time
▪️ Searching for consistency
▪️ An impressive Leeds display🗞 Read @m8arteta's post-match quotes 👇
— Arsenal (@Arsenal) January 7, 2020
Jack Harrison menjadi pemain pertama menguji Emiliano Martinez di hadapan gawang dengan rembatan deras pada minit ke-14 perlawanan. Selepas itu, giliran Patrick Bamford menggegarkan bahagian atas palang selepas gerakan satu dua menarik bersama Luke Ayling.
Pada satu ketika beberapa pemain Arsenal kelihatan bertengkar antara satu sama lain selepas ditekan oleh Leeds.
Martinez sekali lagi dipaksa mnyelamatkan percubaan hasil sepakan percuma Kalvin Philips, sebelum percubaan secara diagonal Ezgjan Alioski sedikit sersasar.
Peluang pertama Arsenal dalam perlawanans ini tiba hanya selepas setengah jam perlawanan berlangsung.
👏 What a first half from the lads! They've done everything but put the ball in the back of the net!
— Leeds United (@LUFC) January 6, 2020
Namun tandukan David Luiz hasil sepakan sudut Mesut Ozil tidak menepati sasaran. Leeds meneruskan penguasaan, dan Martinez sekali lagi bertindak hebat menyelamatkan keadaan menafikan ancaman daripada Alioski sebalum melihat sepakan Gotts tinggi melewati palang.
Leeds hanya boleh menyalahkan diri sendiri dengan deretan peluang yang gagal diterjemahkan kepada jaringan sepanjang 45 minit pertama perlawanan.
Memasuki babak kedua, giliran Arsenal pula mengusai perlawanan, dan Nelson menghukum pertahanan Leeds yang gagal menghalang gerakan dari sebelah kanan oleh Lacazette.
Leeds selepas itu gagal mengulangi tenaga dalam permainan seperti yang dipamerkan pada babak pertama perlawanan.
Kedudukan kekal 1-0 sehingga wisel penamat untuk Arsenal menempat tiket ke pusingan seterusnya dan kemenangan kedua Arteta sebagai pengurus Arsenal.
VIDEO: Stadium Astro