Piala FA: Perak Kejutkan Pahang Dengan ‘Comeback’ Di Separuh Akhir Kedua

Perak mara ke perlawanan akhir selepas melakukan kebangkitan luar biasa di Ipoh. Pahang membawa kelebihan agregate 3-1 daripada perlawanan pertama. Ini termasuk melihat gol ajaib Herold Goulon yang ‘mendunia’ dikhabarkan oleh media tempatan dan antarabangsa.

Sebelum perlawanan para penyokong Perak menjadikan semangat kebangkitan pada 2017 sebagai semangat. Di mana Perak menang 4-0 selepas tewas 3-1 dalam suku akhir pertama Piala Malaysia. Kali ini mereka mengharapkan magis serupa pada Piala FA pula.

Sebaik sahaja bermula, Perak terus menunjukkan taring dan keinginan mereka untuk bangkit. Pada minit ke-34, Brendan Gan menanduk masuk sepakan penjuru oleh Firdaus Saiyadi.

7 minit selepas itu, giliran J. Partiban meletakkan Perak 2-0 di hadapan. Sekaligus meletakkan Perak dalam kelebihan jaringan tempat lawan – pada kedudukan agregate 3-3.

Ketika perlawanan dijangka akan berakhir 2-0 pada separuh masa pertama, Perak menambah 1 lagi gol pada minit ke-43, kira-kira hanya 2 minit dibezakan dengan gol kedua Perak. Kali ini Faisal Rosli tertampan bola ke gawang sendiri.

Separuh masa pertama berakhir dengan 3-0.

Pahang masuk ke separuh masa kedua dengan harapan untuk bangkit dan menyahkan gol tempat lawan. Namun Perak mendapat 2 peluang menerusi Careca dan Partiban. Malangnya ia gagal disudahkan.

10 minit terakhir perlawanan, Dollah Salleh memasukkan Saddil Ramdani menggantikan Dickson Nwakaeme yang bergelut dengan prestasi.

Pada minit ke-82, Careca hampir meletakkan Perak 4-1 di hadapan. Tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Perak berjaya mempertahankan kelebihan agregate dan mara ke final Piala FA 2019. Ini merupakan final Piala FA ke-6 Perak dalam sejarah. Kali terakhir mereka menjuarai Piala FA adalah pada 2004.

Tahniah kepada Perak di atas kebangkitan anda menetapkan juara bertahan Pahang. Perak kini berpeluang mengakhiri musim ini dengan 1 lagi piala domestik sama seperti musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN