Piala FA: Pengendali KDN Enggan Beri Laluan Mudah Buat JDT

Pengendali Kelantan Darul Naim (KDN), Park Jaehong mengakui beliau enggan memberi laluan mudah buat Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam ini bagi saingan Piala FA musim 2024/2025 walaupun sedar akan cabaran bakal dihadapi.

Terdahulu, KDN bakal berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri pada malam ini untuk membuat perhitungan bersama JDT bagi menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya.

Hadir dengan rombakan besar membabitkan kejurulatihan serta pemain musim ini, sudah tentu KDN enggan mengulangi kisah suram mereka pada tahun lalu.

Apatah lagi, KDN juga sudah tentu tidak rela melihat pasukan jiran mereka iaitu Kelantan FC yang tampil begitu menyedihkan baik daripada segi prestasi atau kisah di belakang tabir.

Hadir bersama tenaga jurulatih dari Korea Selatan iaitu Park Jaehong, pasukan ini tampil dengan kualiti permainan lebih baik serta bersedia untuk menghadapi JDT pada malam ini walaupun masih ada jurang terlalu luas.

Jelas Park, beliau telah pun menasihatkan kepada para pemain untuk tidak sesekali gentar berdepan cabaran tuan rumah yang dijangka bakal mendapat sorakan daripada ribuan penyokong setia JDT.

Menyedari cabaran hebat bakal diharungi mereka di gelanggang lawan, Park tetap yakin para pemainnya mampu menyaingi JDT menerusi semangat juang serta usaha keras dilakukan.

Daripada segi aspek taktikal, Park mahu barisan pemainnya bertahan dengan lebih baik pada aksi tersebut dan membuat serangan secara agresif jika memiliki peluang,

Berdepan JDT yang memiliki penguasaan bola serta barisan serangan terbaik, taktikal bertahan serta mengharapkan siri serang balas berkesan adalah langkah terbaik untuk KDN pada aksi ini.

“Pemain jangan mudah putus asa serta sentiasa bekerja kerja pada 90 minit masa perlawanan agar berjaya memberi saingan kepada juara bertahan itu.

“Kami akui pihak tuan rumah adalah sebuah kelab yang cukup ‘solid’ dan dibarisi pemain terbaik Liga Malaysia, tidak mudah untuk semua pasukan beraksi di sini termasuk KDN FC,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Untuk aksi malam ini, dijangka pemain tengah Palestin yang berpengaruh ketika saingan Piala Asia 2023 lalu di Qatar, Oday Kharoub bakal menjadi pertaruhan penting pasukan itu.

Malah, Park juga pastinya akan meletakkan ramai pemain di posisi pertahanan malam ini demi mengelak JDT terus rakus mendapatkan sebanyak mana gol diperlukan mereka.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN