Piala FA: Olivier Giroud dan Alvaro Morata Bantu Chelsea Tempah Tiket Final

Olivier Giroud telah menyumbangkan satu gol untuk Chelsea dalam perlawanan separuh akhir menentang Southampton malam tadi. Bekas pemain Arsenal itu menjaringkan gol pendahuluan buat Chelsea pada minit ke-46.

Ketika perlawanan berbaki 8 minit, gol Southampton sekali lagi dibolosi. Kali ini Alvaro Morata pula menjadi penjaring gol tersebut.

Hantaran lintang Cesar Azpilicueta telah membantu Alvaro menghasilkan gol tersebut. Alvaro menanduk masuk bola ke gawang Southampton.

Cabaran Southampton

Kelab pantai selatan England itu beberapa kali cuba menerjah jaring. Antaranya, pemain tengah Saints, Nathan Redmond hampir menjaringkan gol tetapi gagal.

Southampton kali terakhir mara ke final Piala FA ialah pada 2003.

Menariknya, Chelsea mengulangi episod mereka mara ke final dua kali berturut-turut. Sebelum ini, mereka beraksi pada final 2009 dan 2010.

The Blues mengulangi skrip tersebut dengan mara untuk edisi kali ini. Tahun lalu, mereka tewas kepada Arsenal.

Mungkinkah kali ini kelab London itu berjaya menebus kekecewaan tahun lalu.

Kemunculan Jose

Jose Mourinho meraikan kemenangan pada final Piala FA 2007.

Chelsea akan bertemu Manchester Unied dalam final pada 19 Mei. Ia seolah-olah pertemuan semula dalam final pada 2007.

Pada ketika itu, Jose Mourinho menguruskan Chelsea. Manakala Manchester United diselia oleh legenda, Sir Alex Ferguson.

Tetapi pada final kali ini agak unik apabila, Jose Mourinho telah menyeberang ke Manchester United. Sudah pasti pengurus berbangsa Portugis itu mempunyai perasaan bercampur baur.

Pada final 2007, Didier Drogba menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus menjadi gol kemenangan The Blues. Mereka menewaskan Red Devils pada perlawanan tersebut.

Southampton kembali fokus untuk mempertahankan status kelab Liga Perdana. Mereka akan cuba menghabiskan musim ini dengan baik agar dapat kekal bersaing dalam liga berprestij dunia itu.

Itu pun bergantung juga kepada keputusan perlawanan yang melibatkan kelab lain.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN