Penang secara rasminya sudah pun menamatkan perjuangan mereka pada musim ini dalam saingan Piala FA 2023, setelah terkandas di peringkat suku akhir kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).
Beraksi di gelanggang lawan iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) jelas menyukarkan skuad kendalian Manzoor Azwira untuk menyerap setiap bentuk serangan dilancarkan oleh JDT sepanjang aksi berlangsung.
Piala FA: JDT Mudah Atasi Penang Untuk Mara Ke Separuh Akhirhttps://t.co/8bXPYvEIPQ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 28, 2023
Walaupun JDT lebih banyak menurunkan pemain simpanan untuk berdepan Penang, pasukan pelawat gagal untuk cuba sekurangnya memberi persaingan lebih sengit sehingga wisel penamat dibunyikan.
Pada aksi tersebut, Penang mengalami kekalahan besar 0-5 kepada JDT menerusi jaringan sendiri pemain pelawat Ousmane Fane, Jordi Amat, Arif Aiman Hanapi, Corbin Ong, serta penyerang gantian iaitu Syafiq Ahmad.
Sepanjang saingan berlangsung banyak kelemahan dipamerkan oleh Penang yang memberi masalah untuk mereka mengelak daripada bolos serta membiarkan lawan menguasai permainan.
Antara kelemahan dikesan pastinya terarah kepada kesilapan para pemain sendiri yang memberi ruang buat pasukan tuan rumah untuk mengeksploitasi isu tersebut kepada bentuk ancaman serta jaringan.
Ada beberapa situasi menyaksikan pemain Penang gemar membuat hantaran yang tidak sepatutnya dan memberi masalah buat penjaga gol untuk menyelamatkan isu berkenaan.
Segala kesilapan tersebut mungkin berlaku kerana para pemain Penang sendiri gagal memberi fokus penuh kepada permainan selain perang psikologi dilancarkan oleh penyokong menerusi sorakan gemuruh di tepi padang.
Terlalu bergantung kepada gerakan individu
Selain itu, Penang juga jelas lebih banyak bergantung kepada kebolehan individu yang memberi masalah besar untuk mereka mencipta beberapa kombinasi gerakan lebih tersusun.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialJohor 5-0 @Penang_FC
JDT mara ke separuh akhir Piala FA hasil gol sendiri Ousmane Fane dan jaringan oleh Jordi Amat, Arif Aiman, La'Vere Corbin-Ong dan Syafiq Ahmad.
👉 https://t.co/Xxm7gIxsll#PialaFA2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/M93G89O86T
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 28, 2023
Pemain seperti Syahir Bashah, Hadin Azman, serta Adriano tampil antara diharapkan mampu bergerak secara individu ketika penguasaan dimiliki Penang untuk mencipta serangan.
Namun, ketiadaan bantuan rakan sekeliling yang lambat untuk menerima hantaran menjadikan segalanya sia-sia dan bola kembali dirampas penguasaan buat JDT.
Disiplin pertahanan terlalu rapuh
Penang sebenarnya bermula dengan sangat baik untuk mengekang setiap pergerakan cuba dicipta oleh pasukan tuan rumah daripada mendapatkan gol.
Walaupun begitu, pertahanan mereka mula tidak konsisten serta hilang fokus sebaik sahaja mereka dibolosi gol pertama dan kekal tiada perubahan sehingg ke wisel penamat.
Hanya Rafael Vitor sahaja wajar diberi pujian, selepas tindakan beliau yang meneutralkan banyak ancaman lawan menyelamatkan keadaan mereka daripada terus dibolosi oleh tuan rumah sehingga ke wisel penamat.