Aksi Piala FA pusingan pertama akan bermula pada hari ini dengan salah satu perlawanan membabitkan derbi utara antara Kedah Darul Aman (Kedah) menentang Penang.
Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA) itu dijangka akan berlangsung sengit kerana masing-masing pastinya ingin mara ke pusingan seterusnya.
Menerusi prestasi semasa, Kedah dilihat lebih baik berbanding Penang selepas mencatat dua kemenangan serta satu kekalahan dalam aksi Liga Super.
MATCHDAY, PERLAWANAN KALAH MATI PIALA FA!
TIKET MULA DIJUAL JAM 10.00 PAGI DI STADIUM DARUL AMAN!
🏆Piala FA Pusingan 1
KDA FC vs PENANG FC
8 Mac 2023, Rabu, 9.00 malam
Stadium Darul AmanLIVE di Astro Arena dan Astro Go pic.twitter.com/R6t3SrqDbS
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 8, 2023
Manakala Penang pula masih lagi bergelut untuk mencatat kemenangan sulung pertama mereka dalam aksi liga selepas merekodkan dua keputusan seri bersama satu kekalahan.
Kedua pasukan ini juga sudah membuat rombakan besar sebenarnya dalam barisan pemain dan masih lagi mencari-cari rentak sebenar dalam permainan.
Walaupun begitu, ada tiga pemain yang dijangka bakal memberi impak besar buat kedua pasukan untuk aksi derbi tersebut malam ini di Alor Setar.
Amirbek Juraboev (Kedah)
Pemain tengah dari Tajikistan ini menjadi antara pemain baharu yang menyertai Kedah dan mempunyai rekod sangat baik sebelum itu bersama kelabnya, United City di Filipina.
Malah, aksinya bersama Tajikistan musim lalu ketika bertemu Malaysia dalam saingan King Cup di Thailand pada tahun lalu juga sangat menonjol menerusi kualiti dipamerkan.
Amirbek bukanlah seorang pemain yang aktif di posisi serangan, tetapi berperanan dengan sangat baik untuk mengawal tempo permainan di bahagian tengah menerusi ketenangan beliau membuat hantaran.
🔰 MAN OF THE MATCH : AMIRBEK JURABOEV 🔰
LS2 : KDA FC vs TERENGGANU FC
Amirbek Juraboev dinobatkan sebagai pemain terbaik setelah mempamerkan satu persembahan menarik pada malam ini.
Tahniah Amirbek Juraboev 6️⃣ ! pic.twitter.com/XpsAKfu7uU
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) March 1, 2023
Kelebihan Amirbek yang paling ketara sehingga kini ialah beliau bijak menutup segala ruang lebih awal di bahagian tengah untuk mengelakkan lawan membuat sesuatu.
Cabaran besar buat Penang malam ini adalah untuk melepasi pemain ini di bahagian tengah, atau mereka terpaksa membuka ruang baharu di bahagian sisi.
Akmal Zahir (Kedah)
Kapten ketiga Kedah ini berkemungkinan besar akan terus digunakan oleh Nafuzi Zain untuk bergandingan bersama Bojan Ciger di posisi pertahanan tengah.
Akmal yang memiliki tubuh badan yang tegap dilihat sangat ampuh untuk mengatasi penyerang lawan menerusi pertarungan secara fizikal.
Malah, faktor persefahaman baik antara beliau bersama Ciger wajar dipuji walaupun mereka pertama kali digandingkan pada musim ini.
STATISTIK PEMAIN: MOHD AKMAL MD ZAHIR
Pertahanan adalah usaha kerjasama pasukan, statistik Akmal Zahir dalam aksi lepas Piala FA mempamerkan langkah positif pemain ini mengemudi benteng akhir Sang Kenari! pic.twitter.com/g4t8mBXESc
— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 14, 2022
Penang yang mengalami kesukaran pada perlawanan lalu di posisi serangan ketika menentang Kelantan, pastinya ada banyak kerja perlu dibuat untuk mengatasi kekebalan benteng pertahanan Kedah.
Adriano Narcizo (Penang)
Perancang utama Penang ini menjadi pemain paling konsisten setakat tiga perlawanan dihadapi pasukan tersebut dalam saingan Liga Super.
Bekas pemain serangan Melaka United musim lalu itu tampil dengan corak permainan yang sangat bagus dalam merencana serangan selain mempunyai kualiti daripada segi kawalan bola.
Kelibat Adriano sudah pun dipuji sejak aksi pramusim lalu dalam kalangan penyokong Penang, dan kehadiran beliau pastinya ditagih untuk cuba mendapatkan peluang gol buat pasukan.
Shot hit the bar by Adriano of Penang FC ⚽💥#LigaSuper2023 #PENNSE #PenangFC #Adriano#SNESports pic.twitter.com/RX2ouJKBXK
— SNEsports (@SNE_Sports) March 2, 2023
Amirbek dijangka bakal berdepan tugas berat untuk merantai pemain ini di posisi tengah, kerana sedikit kelekaan, gerakan atau hantaran dibuat Adriano mampu memberi ancaman besar buat pertahanan Kedah.