Piala FA: Kedah Ke Final, Felda United Buatkan Lang Merah Seram Sejuk

Kedah mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019. Namun mereka diberikan tentangan yang sangat hebat oleh Felda United – terutama sekali aksi Hadin Azman.

Kedah membawa kelebihan agregate 1 gol daripada kemenangan 1-0 – dalam perlawanan pertama sebelum ini di Alor Star.

Sebaik sahaja sepak mula, Feldan United bermain dengan intensif. Mereka banyak menyerang ke kubu pasukan Kedah. Namun malangnya, mereka memberikan penalti kepada pasukan pelawat.

Fernando Rodriguez meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-26, menerusi satu sepakan penalti yang hampir diselamatkan penjaga gol lawan.

3 minit kemudian, Thiago Junior melakukan percubaan deras dari jarak jauh yang hampir menerjah gawang.

Farhan Roslan meletakkan Kedah 3 gol di hadapan secara agregate sebelum rehat separuh masa pertama dengan sepakan deras.

Kedah masuk ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-2 (agg 0-3).

Namun pada separuh masa kedua, pasukan Kedah ternyata diberikan tentangan lebih sengit oleh Felda United.

Ifwat Akmal menjadi watak penting dalam perlawanan ini. Beliau banyak melakukan aksi menyelamat yang penting.

Thiago kemudian merapatkan jurang gol di Jengka dan juga secara agregate, dengan satu rembatan deras menewaskan Ifwat.

Pada minit ke-71, S. Chanturu melakukan sepakan lencong cantik dari dalam kotak penalti untuk Felda United merapatkan jurang agregat kepada 2-3. Kedudukan ketika itu adalah 2-2.

Hadin Azman menjaringkan gol ke-3 Felda United pada masa kecederaan 90+4. Malang sekali ianya sudah terlalu lewat untuk Felda United mengejar Kedah.

Keputusan akhir Felda 3 Kedah 2 – secara agregate kedua-dua pasukan terikat 3-3 – namun Kedah mara dengan peraturan gol tempat lawan.

Kedah akan bertemu Perak pada 27 Julai ini dalam aksi final Piala FA 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN