Piala FA: Kecemerlangan Sam Somerville Ranapkan Impian KL City Ke Suku Akhir

Kuala Lumpur City (KL City) terpaksa menelan hakikat ketumpulan jentera serangan mereka menyebabkan peluang untuk melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA 2022 terus dipadam oleh Selangor.

Skuad yang dikendalikan oleh Michael Feichtenbeiner itu mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir untuk bertemu Sabah setelah pemain muda mereka, Aliff Haiqal menjadi wira buat Selangor pada perlawanan tersebut.

Ditambah dengan kecemerlangan Sam Somerville sepanjang perlawanan termasuk pada babak penghujung aksi dengan menyelamatkan keadaan di hadapan gawang gol Selangor terus memberi kekecewaan buat anak buah Bojan Hodak untuk memperoleh jaringan.

Pada awal permulaan aksi, Selangor berjaya meledak gol pertama perlawanan seawal lima minit permainan, namun tandukan Herlison Caion dibatalkan oleh pengadil apabila ada kekasaran yang dibuat dalam kotak penalti menerusi sepakan penjuru.

Pada minit ke-7, Quentin Cheng menjadi pemain pertama dilayangkan kad kuning setelah pertahanan Selangor itu mengasari Irfan Zakaria dan pantas disedari oleh pengadil perlawanan.

Kedua pasukan dilihat agak sukar untuk menembusi pertahanan lawan masing-masing apabila setiap hantaran cuba dibuat sering tersekat di sebelum melewati petak penalti.

Selangor akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan apabila memperoleh gol sulung mereka menerusi pemain gantian, Aliff Haiqal yang melepaskan rembatan deras ke gawang gol pada minit ke-62 setelah kekalutan berlaku dalam petak penalti lawan.

KL City cuba untuk mencipta kebangkitan selepas itu dengan mengatur beberapa siri serangan, namun segalanya berjaya disekat dengan baik oleh pertahanan Selangor.

Kecemerlangan Sam Somerville nyata memberi masalah buat barisan serangan KL City apabila beliau cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya lawan pada penghujung permainan.

Keputusan perlawanan kekal dengan tiupan wisel penamat dibunyikan oleh pengadil dengan jaringan tunggal Aliff Haiqal cukup untuk mengesahkan Selangor ke peringkat suku akhir.

Kesebelasan Utama

Selangor: Samuel Jacob Somerville (Penjaga gol), Quentin Cheng Jiun Ho, Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Herlison Caion De Souza Ferreira, Hyuri Henrique De Oliveira Costa, Muhammad Fazly Mazlan, Alexander Agyarkwa Ameyaw, Hein Htet Aung, Sharul Nazeem Zulpakar, Brendan Seng Ling Gan (Kapten)

Kuala Lumpur City: Kevin Ray Mendoza Hansen (Penjaga gol), Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri, Lambert Ryan Edward Lee Kit Seng, Romel Oswaldo Morales Ramirez, Zhafri Yahya, Giancarlo Gallifuoco, Muhammad Akram Mahinan, Muhammad Irfan Zakaria, Paulo Josue Sturmer Dos Reis (Kapten), Muhammad Mohd Faudzi, Jordan Owasu Mintah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN