Piala FA: Kebangkitan Lewat Spurs Singkirkan Southampton

Aksi dramatik di antara Tottenham Hotspur dan juga Southampton pada aksi keempat Piala FA.

Spurs melakukan kebangkitan lewat – 12 minit sebelum wisel penama. Ini selepas mereka ketinggalan 2-1 dalam perlawanan ini.

Jaringan lewat oleh Lucas Moura dan Son Heung Min membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho mara pusingan kelima.

Spurs terlebih dahulu di hadapan apabila Jack Stephens tertampan bola ke gawang sendiri.

Namun, dua penyerang sensasi Southampton, iaitu Shane Long dan Danny Ings memberikan respon cukup positif.

Shane Long menyamakan kedudukan pada minit ke-34 perlawanan – memanipulasi bola yang ditepis oleh Lloris tepat ke arahnya.

Seteusnya pula, Danny Ings pula meletakkan Southampton di hadapan pada minit ke-72. Kredit kepada Nathan Redmon yang berjaya mencipta peluang gol yang sangat cantik.

Beliau melakukan larian dari bawah dan sehingga ke zon serangan. Lalu mencipta peluang gol kepada Ings.

Gol itu seakan-akan sudah berjaya meletakkan Southampton berada di pusingan kelima.

Walaubagaimanapun, Southampton kecewa dengan kegagalan mereka bertahan. Mereka bolos pada minit ke-78 menerusi Lucas Moura.

Malam Southampton lebih malang apabila Son Heung Min dijatuhkan oleh Angus Gunn di dalam kotak penalti.

Son Heung Min sendiri mengambil sepakan tersebut. Dan beliau berjaya menyempurnakannya. Ternyata ia gol yang telah melengkapkan kebangkitan Spurs dalam aksi kali ini.

Ternyata Son Heung Min meneruskan rekod cemerlang beliau di hadapan gol, dalam kempen Piala FA.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan skuad bimbingan Jose Mourinho – Tottenham Hotspur – dengan keputusan 3-2.

Tottenham Hotspur akan berhadapan dengan pasukan Norwich City dalam pusingan kelima.

Leave a Reply