Musim buruk Arsenal di peringkat domestik nampaknya bertambah parah apabila tersingkir dari saingan Piala FA selepas tewas 1-0 kepada Southampton hasil gol sendiri Gabriel Magaelhas dan sekaligus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lepas.
Dalam aksi pusingan keempat itu, pemain pertahanan Brazil berkenaan tertampan bola hantaran lintang rendah Kyle Walker-Peters pada separuh masa pertama di Stadium St. Mary. Ianya merupakan kemenangan pertama Southampton ke atas kelab utara London tersebut dalam pertandingan ini.
Percaturan Mikel Arteta untuk merehatkan beberapa pemain utama ternyata tidak berbaloi sekalipun telah cuba untuk bangkit dengan memasukkan Thomas Partey, Alexandre Lacazette dan Bukayo Saka pada babak kedua.
Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, The Gunners telah tewas sebanyak lapan kali dan kini berada di kedudukan ke-10 dengan mengumpul 27 mata daripada 19 perlawanan.
Namun nasib pasukan tersebut jauh berbeza di saingan Liga Europa di mana mereka menang kesemua enam perlawanan di peringkat kumpulan untuk menempah slot ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan.
Untuk pusingan kelima, Southampton akan berdepan Wolverhampton Wanderers yang turut mara selepas menyingkirkan Chorley dengan keputusan 1-0.
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Penyokong Chelsea Mengamuk Lampard Lepaskan Tomori Ke AC Milan
Arsenal Jadi Destinasi Pilihan Real Madrid ‘Lepaskan’ Martin Odegaard