Biarpun beraksi dengan 10 pemain, Terengganu FC berjaya mara ke suku akhir Piala FA 2022 selepas benam cabaran juara bertahan, Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Turun bermain di hadapan penyokong sendiri memberikan sedikit kelebihan buat Terengganu di awal babak pertama apabila menguasai permainan dengan Kedah gagal membina kombinasi yang baik di jentera hadapan.
Kedah bermasalah untuk mengatur asakan dari middle third ke final third apabila kerap kali berjaya disekat oleh pemain lawan. Seperti biasa, jentera tengah tuan rumah dikukuhkan oleh Habib Haroon dan Manuel Ott. Mereka berjaya mengatasi gandingan Sanrawat Dechmitr dan Dechi Marcel di jentera tengah pasukan Sang Kenari.
6' GOL | Terengganu FC kini berada di depan hasil tandukan Faiz Nasir!@FCTerengganu 1-0 @kda_fc#PialaFA2022 pic.twitter.com/k2rPHpsjDg
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 6, 2022
Minit ke-6, Faisal Halim berjaya mengatasi kawalan bek kiri, Azmeer Aris sebelum membuat hantaran lintang menemui Faiz Nasir yang menanduk deras menewaskan penjaga gol dan kapten, Ifwat Akmal. Pada awalnya lilitan kapten diberikan kepada Syazwan Zainon sebelum beliau dilaporkan mengalami kecederaan saat akhir.
Selepas ketinggalan, Kedah dilihat mengatur beberapa asakan, namun pemain mereka diperangkap offside.
Kedah masih tercari-cari rentak yang dipamerkan ketika di saingan Piala AFC 2022 yang lalu, namun tidak berhasil apabila playmaker, Mahmoud Al-Mardi tenggelam tidak seperti mana ketika mereka membenam Visakha FC 5-1 dalam aksi terakhir kumpulan. Beliau melakar hatrik dalam perlawanan penting buat Kedah.
KEMAS KINI SENARAI PEMAIN
Kemas kini senarai pemain selepas ketua pasukan mengalami kecederaan semasa sesi pemanasan badan.
🔰 FA Rd2 | TERENGGANU FC vs KDA FC
6 Julai 2022, Rabu 9.00 malam
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin#KDAFC #PulunKedahPulun #SangKenari pic.twitter.com/4IdBnK7zeV— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 6, 2022
Mereka kurang bermasalah di benteng apabila gandingan Akmal Zahir dan Rodney Celvin berjaya menghalang cubaan asakan oleh jentera serangan Sang Penyu yang diketuai oleh Kpah Sherman dan Petrus Shitembi.
Kedua-dua pasukan bergelut untuk membuat percubaan ke gawang, namun kekentalan benteng berjaya menafikannya. Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak membuat pertukaran awal sebagai respon kegagalan pemainnya membina asakan dengan kemasukkan Fayadh Zulkifli dan Ariff Farhan di hujung babak pertama.
Ia memberi impak segera apabila Fayadh memiliki beberapa momen untuk melakar gol penyamaan pelawat.
Faisal memiliki peluang untuk menambah gol buat tuan rumah di minit ke-45, namun percubaannya tersasar.
🏴🏳️ KESEBELASAN UTAMA TERENGGANU FC VS KEDAH DARUL AMAN FC 🏴🏳️
Pemain Simpanan : Syed Nasrulhaq(GK), Azarul Nazarith, Adib Zainudin, Engku Shakir, Syafiq Ismail, Hairey Hakim, Arif Fadzilah, Hakimi Abdullah dan Zuasyraf Zulkiefle#TerengganuFC#WeBleedBlackAndWhite pic.twitter.com/1uAfnRkOWo
— Terengganu Football Club (@FCTerengganu) July 6, 2022
Minit ke-50, Pape Diakite dilayangkan kad merah selepas didapati membuat kekasaran dan menjatuhkan Ngah Wanja ketika pemain itu sedang berlari menuju ke gawang tuan rumah. Jelas yang ia satu tamparan hebat buat pengendali Terengganu, Nafuzi Zain apabila kehilangan tonggak penting di benteng di awal babak kedua.
Pelawat mencipta dua peluang terbaik berturut-turut pada minit ke-52 dan ke-53 menerusi sepakan percuma Al-Mardi yang ditepis penjaga gawang, Suhaimi Husin sebelum beliau menangkap kemas cedukan Ngah Wanja.
Begitupun, Terengganu kembali stabil semula apabila Hairey Hakim dibawa masuk menggantikan Faiz Nasir untuk mengukuhkan benteng tuan rumah. Kedah seolah-olah tiada jawapan kepada penguasaan oleh lawan. Minit ke-79. Habib melepaskan peluang untuk memberikan tambahan gol apabila percubaannya tersasar.
Giliran Sherman menguji Ifwat dari jarak jauh, namun ia berjaya diselamatkan di minit ke-84 sebelum pemain gantian, Afeeq Iqmal gagal menyambar hantaran kemas Al-Mardi ke depan gawang yang ditangkap Suhaimi.
Dechi memiliki ruang untuk meledak jaringan penyamaan di minit ke-88, namun rembatannya sedikit tersasar sebelum rembatan Al-Mardi dari luar kotak penalti gagal menewaskan Suhaimi yang kebal di gawangnya.
Perlawanan berakhir dengan juara bertahan, Kedah tersingkir daripada saingan Piala FA di tangan Terengganu hasil jaringan pemain sayap, Faiz Nasir seterusnya mara ke suku akhir – mengulangi pencapaian di edisi 2019.