Piala FA: Ini 3 Punca Kekalahan Kedah Di Tangan Terengganu

Kedah Darul Aman (KDA) gagal untuk mengulangi impak kejayaan seperti di Bali apabila mereka merekodkan kekalahan pertama kali untuk Terengganu dalam aksi pusingan kedua Piala FA 2022.

Dalam perlawanan tersebut, jelas KDA tampil dengan serba serbi tidak menyakinkan sehingga lawan berjaya menguasai permainan untuk satu jangka masa yang agak lama.

Ini ada tiga punca mengapa KDA gagal untuk melakar kejayaan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak semalam.

Pertahanan KDA gagal tangani barisan serangan tuan rumah

Meletakkan empat pemain pertahanan tempatan dalam perlawanan semalam jelas kelab tersebut tiada lagi pilihan apabila bekas pertahanan mereka, Marc Vales tidak lagi bersama pasukan.

Gandingan Akmal Zahir dan Rodney Celvin dilihat sukar untuk mengekang serangan tuan rumah yang diketuai oleh Kpah Sherman.

Selain itu, pertahanan kiri dan kanan KDA juga dianggap sangat rapuh apabila pemain lawan sewenang-wenangnya memecah masuk untuk membuat umpanan ke dalam petak penalti.

Gandingan Petrus Shitembi, Habib Haroon, dan Manuel Ott cengkam kawasan tengah

KDA dilihat bermasalah dalam perlawanan semalam untuk menguasai posisi tengah apabila lawan tampil cemerlang menerusi gandingan tiga pemain import mereka iaitu Habib, Shitembi, serta Ott.

Walaupun meletakkan tiga pemain di posisi tersebut juga, KDA gagal untuk mengimbangi kekuatan lawan yang dilihat lebih kreatif dan mempunyai persefahaman lebih kukuh berbanding pelawat.

Konsisensi sepanjang perlawanan

KDA mula dilihat mendapat keyakinan lebih baik untuk memberi aksi berkualiti menjelang penghujung perlawanan.

Mereka dilihat serba serbi tidak stabil di segenap posisi sehingga mudah dimonopoli lawan beberapa kali sepanjang permainan berlangsung.

Berbanding Terengganu, mereka mempunyai pelan persediaan lebih baik untuk menghadapi KDA. Ketiadaan seorang pemain atas layangan kad merah langsung tidak memberi sebarang kesukaran buat anak buah Nafuzi Zain konsisten sehingga wisel dibunyikan.

Kesimpulan

Kedah tampil dalam perlawanan ini dengan keadaan serba serbi tidak cukup untuk mengetepikan cabaran Terengganu di tempat lawan.

Mereka ada masalah persefahaman sesama rakan sepasukan serta sudut kreativiti serangan yang statik untuk mudah diteka lawan.

Terengganu pula berjaya mengulangi falsafah mereka dengan memfokuskan satu penyerang dan memberi tumpuan di bahagian tengah dengan baik untuk menguasai perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN