Piala FA Inggeris & Misteri Kehilangan 125 Tahun Masih Jadi Tanda Tanya

Piala FA Inggeris adalah kejohanan bola sepak tertua di dunia, Kejayaan menjulang trofi melalui pertandingan bola sepak tertua di dunia iaitu Piala FA Inggeris adalah impian setiap pasukan.- walaupun nilainya pada hari ini mungin sudah tidak sama seperti dahulu.

Aston Villa tidak terkecuali mengimpikan kejuaraan lewat pertandingan tersebut. Sejarah kelab yang berpusat di Birmingham itu sendiri mencatatkan bahawa kejuaraan pertama utama Aston Villa ialah kejuaraan Piala FA yang dimenangi pada musim 1886/1887.

Villa berjaya merangkul trofi Piala FA pada musim tersebut selepas jaringan oleh Archie Hunter dan Dennis Hodgetts memberikan kemenangan 2-0 ke atas West Bromich Albion di perlawanan akhir.

(Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Lapan musim selepas itu, Aston Vila ditakdirkan bertemu lawan yang sama. Sekali lagi Aston Villa berjaya menewaskan West Bromich Albion, kali ini melalui jaringan pantas Bob Chatt dengan kemenangan 1-0.

Gol kemenangan oleh Bob Chatt itu hadir ketika perlawanan baru berusia 30 saat, dalam perlawanan yang dilangsungkan di Crystal Palace National Sport.

Jaringan yang dihasilkan melalui sepakan voli cantik oleh Bob Chatt itu cukup untuk menjamin trofi Piala FA menjadi milik Aston Villa sekali lagi pada musim 1894/1895.

Trofi kemenangan diarak sekeliling bandar untuk Aston Villa berkongsi kejayaan dengan penyokong-penyokongnya sebelum ia dipamerkan di sebuah kedai sukan di bandar Aston, buat tatapan penyokong setia Villa.

. (Photo by Popperfoto/Getty Images)

Dan tanggal tarikh 11 Septemper 1895 itulah, misteri terbesar dalam sejarah Piala FA Inggeris terjadi. Trofi tersebut hilang tanpa meninggalkan sebarang jejak.

Tidak pernah ada tangkapan dilakukan berkenaan kecurian piala tersebut sepanjang tempoh 60 tahun sejak kejadian.

Kehilangan trofi Piala FA itu mulai terungkai selepas seorang lelaki berusia 80 tahun yang dikenali sebagai Henry James Burge membuat pengakuan kepada sebuah akhbar bahawa beliau adalah individu yang bertanggungjawab, melakukan aktiviti pecah masuk ke kedai milik usahawan yang dikenali sebagai William Shillcock dengan niat mencuri trofi tersebut.

Kisah Henry Burge disiarkan oleh akhbar The Sunday Pictorial dengan tajuk “Misteri Terbesar Bola Sepak pada 23 Februari 1958.

Malah Burge turut memperagakan aksi bagaimana dirinya memecah masuk melalui pintu hadapan kedai tersebut menggunakan sejenis alat pelekap.

Burge juga memberitahu bahawa 2 individu lain turut bersama beliau dan turut mencuri beberapa pasang kasut but bersama dengan trofi Piala FA tersebut.

Trofi Piala FA tersebut terus dileburkan pada malam itu untuk dijadikan mahkota palsu, sebelum dijual.

(Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images)

Namun demikian, pihak polis turut menemui percanggahan kisah oleh Burge dengan laporan kejadian yang dilaporkan oleh pemilik kedai, William Shillcock. Laporan tersebut turut disiarkan di Birmingham Post.

Laporan polis yang diberikan oleh Shilcock menyatakan bahawa ketika beliau tiba di kedai pada pagi selepas kejadian, lantai bilik belakang kedai tersebut dipenuhi dengan kesan plaster selain daripada lubang besar yang didapati di atas bumbung bilik tersebut.

Perompak berkenaan dipercayai memasuki dan meloloskan diri dengan barang curian dari kedai tersebut dengan memanjat dan turun melalui lubang berkenaan, dengan tangan dan kedua belah kaki pada kedua belah dinding sebelum melarikan diri.

Beberapa keping syiling turut dilaporkan hilang dan usaha menjejak kembali Piala FA selepas itu oleh pihak berkuasa turut menemui jalan buntu.

(Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Malah ada pihak yang menawarkan bayaran sebanyak £10 (nilai besar pada masa itu) jika mempunyai maklumat sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab ke atas kehilangan piala tersebut.

Pengerusi Aston Villa turut didenda oleh penganjur sebanyak £25 kerana kehilangan trofi tersebut ketika di bawah jagaan beliau. Trofi yang baharu memerlukan kos £20 untuk dibuat semula pada masa itu.

Piala baharu yang direka sebagai pengganti digunakan mulai 1896 sehingga 1910, sebelum ia diserahkan kepada pihak FA melalui setiausaha badan tersebut, Lord Kinnaird.

Lord Kinnaird membuat trofi tersebut sebagai simpanan keluarga beliau sehinggalah pada tahun 2005 apabila ia dilelong.

Pengerusi Birmingham City pada masa itu, David Gold- hari ini merupakan pengerusi West Ham, memenangi bidaan bernilai £478,000 untuk menjadi pemilik baru trofi tersebut.

(Photo by EMPICS Sport – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Pegawai penyiasat, Chief Supt Benbow berpendapat tidak ada dakwaan munasabah yang boleh dilakukan terhadap sesiapa dan kes kehilangan trofi Piala FA pada 1895 itu dianggap tutup.

Pegawai penyiasat dalam kes itu di Birmingham bagaimanapun mendedahkan pihak polis telah melakukan beberapa tangkapan ekoran kecurian trofi Piala FA itu, dengan beberapa kumpulan kongsi gelap menjadi suspek utama.

Namun tiada bukti boleh merungkai tangkapan tersebut kerana pihak polis tidak pernah menyimpan atau membuat laporan jenayah pada 1895.

Pengarah West Midlands Police Museum, David Cross berkata laporan bertulis oleh pihak polis di England hanya dimulakan pada tahun berikutnya. Itupun ditulis pada sebuah buku kecil milik pegawai penyiasat.

Burge juga tidak pernah ditahan kerana melakukan dakwaan palsu.

David Cross turut menjelaskan bahawa Burge hanyalah seorang perompak yang sering mengambil kesempatan untuk tujuan kemasyuran pada waktu itu.

(Photo by PA Images via Getty Images)

Burge pernah disabitkan dengan sejumlah 42 kesalahan sejak 1897 dan meringkuk di dalam penjara selama 46 tahun dan 11 bulan sepanjang hayatnya.

Burge dibebaskan daripada penjara pada 1961 dan ditempatkan di rumah jagaan warga tua sebelum meninggal dunia pada September 1964.

Persoalannya: Benarkah Burge mencuri trofi Piala FA tersebut?

Burge mengaku melakukan jenayah tersebut. Namun ia tetap bercanggah dengan laporan yang pernah disiarkan oleh akhbar ketika kejadian.

Untuk rekod, kali terakhir Aston Villa memenangi Piala FA ialah pada musim 1956/57 (gambar atas), dan kehilangan trofi Piala FA pada September 1895 kekal misteri hingga ke hari ini.

Sumber:

1. Andy Richards, Birmingham Mail (2015): Aston Villa’s greatest FA Cup mystery – 120 years on it has never been solved; http://www.birminghammail.co.uk/news/midlands-news/aston-villas-greatest-fa-cup-10033717

2. Rob Bishop, Aston Villa: FA Cup stolen; https://www.avfc.co.uk/on-this-day/09/11/1890%20-%201899/fa-cup-stolen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN